Author Archives: ihnajordan

Aqidah : Beginilah Kefahamanku Terhadap Islam

الحسن والحسين سيدا شباب أهل الجنة ونحن السنة نحبهماونصلي عليهما وكل الآل في كل صلاة وثورة الحسين رفض لتحريف الدين بإلغاء اختيار الشعب لحاكمه
Saidina Al-Hasan dan Al-Husin merupakan penghulu ahli syurga, dan kami ahli sunnah sayang dan hormat mereka berdua dan seluruh ahli keluarga Rasulullah s.a.w. Revolusi yang dilakukan Al-Husin adalah sebagai tindak balas menuntut penafian hak rakyat untuk memilih pemimpin
الذين يستشهدون بحديث الصبر ولو أخذ مالك وجلد ظهرك لم يدققوا في الحديث فهو يتحدث عن حالة فردية(مالك ظهرك) وليس الظلم العام (مالكم ظهركم)
Golongan yang menyandarkan hadis supaya sabar terhadap pemimpin walaupun pemimpin tersebut mengambil harta kamu tanpa kerelaan dan membantai belakang kamu(membebankan) sebenarnya tidak meneliti makna sebenar yang dikehendaki hadis tersebut. Sesungguhnya hadis ini bercakap berkenaan kezaliman yang dilakukan terhadap individu dengan menggunakan kata ganti diri ‘ka’, bukan kezaliman umum (yang dituntut untuk diperangi)
لما رأى سلمان على عمر قطعة قماش زائدة على ما أخذه الصحابة رضي الله عنهم جميعاً قال: لا سمع ولا طاعة حتى تبين لنا من أين لك هذا؟
لا علاقة لطاعة ولي الأمر بعدم قول الحق أو المطالبة برفع الظلم ، والاستشهاد الصحيح اليوم هو: لا خير فيكم ان لم تقولوها
Bilamana Salman melihat ada lebihan pada kain Saidina Umar berbanding yang diambil oleh para sahabat yang lain, beliau dengan tegas berkata: “Tiada kepatuhan dan ketaatan terhadap kau sehinggalah kau menjelaskan dari mana kain lebihan ini?”
Tiada hubungan secara langsung antara ketaatan terhadap pemimpin dengan mendiamkan diri daripada berkata benar atau menuntut keadilan, ungkapan yang sesuai diungkapkan ialah: Tiada kebaikan untuk diri kamu jika kamu tidak menyuarakannya
لماذا يصر البعض على استعمال الكلمات البذيئة وقد جاء في الحديث ( ما كان رسول الله بطعان ولا لعان ولا فاحش ولا بذيء ) عليه الصلاة والسلام
لا تقل لأحد أبدا أنه منافق ، لأن النفاق إظهار الإيمان وإبطان الكفر في القلب ، ومن قال لأخيه يا كافر فقد باء بها أحدهما ، وأنت في غنى عن ذلك
Mengapakah sebahagian orang masih berdegil tidak mahu meninggalkan sikap suka mencaci dan menggunakan kata-kata kesat? Sebagaimana terdapat dalam hadis Nabi s.a.w: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bukan seorang yang suka mencaci, melaknat, melakukan perbuatan keji mahupun mengunakan kata-kata kesat”
Jangan sekali-kali melabel orang secara sembarangan dengan label nifaq, kerana nifaq ertinya menzahirkan iman dan menyembunyikan kufur dalam hati. Dan barangsiapa yang memanggil saudaranya Wahai Kafir, maka perkataan tersebut akan kembali kepada salah seorang dari kamu
من مبادئي التي أصر عليها ( لن أكفر من يكفرني ولن أخون من يخوني ولن أسب من يسبني وأحب للناس ما أحب لنفسي
Prinsip yang sehingga sekarang saya pegang: saya tidak sekali-kali akan mengkafirkan orang yang mengkafirkan saya , saya tidak sekali-kali akan mengkhianati orang yang mengkhianati saya, saya tidak akan mencaci maki orang yang mencaci maki saya, dan saya akan mengasihi manusia sebagaimana saya mengasihi diri saya sendiri
لو قيل لي يوم القيامة سنجعل حسابك لأبيك وأمك لرفضت .. لأن الله أرحم بي من أبي وأمي .. الإمام علي رضي الله عنه وكرم وجهه
Saidina Ali r.anhu: “Jikalau dikatakan kepadaku pada hari kiamat nanti, kami akan menuntut bela ke atas kau demi bapa dan ibu kau maka aku akan menolak tuntutan tersebut kerana Allah lebih kasih kepadaku dari ayah dan ibuku”
إن إصبع السبابة التي تشهد لله بالوحدانية في الصلاة .. لترفض أن تكتب حرفاً واحداً تقر به حكم طاغية .. سيد قطب
Sayyid Qutb: “Sesungguhnya jari telunjuk yang diangkat bagi menyaksikan keesaan Allah dalam solat tidak akan tunduk patuh untuk menulis satu huruf bagi mengiktiraf kuasa taghut”
الحديث ( اذا سمعت الرجل يقول : هلك الناس. فهو أهلكهم) دعوة لرفض المتشائمين وعدم السماع لهم . تفاءلوا بالخير تجدوه
Hadis Nabi s.a.w: “Jika kau mendengar seorang lelaki mengatakan: binasalah manusia, maka sesungguhnya dia telah menyebabkan kebinasaan” merupakan seruan untuk menolak segala bentuk sikap pesimistik dan tidak mengendahkan kata-kata mereka. Renungilah!
كل شاب يذكر موقفاً واحداً من السيرة جعله يعشق الرسول صلى الله عليه وسلم؟
Bolehkah setiap pemuda pada hari ini menyebut satu peristiwa dari sirah yang menjadi bukti kasihnya pada Rasulullah s.a.w?
من أخلاق المؤمنين إحسان الظن ببعضهم (لولا اذ سمعتموه ظن المؤمنين والمؤمنات بأنفسهم خيرا) ومن لا يقبل الاعتذار يخسر أصدقاءه
Antara akhlak seorang mukmin ialah berbaik sangka sesama mukmin seperti firman Allah s.w.t: “Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: Ini adalah suatu berita bohong yang nyata,” dan sesiapa yang tidak menerima permohonan maaf dari orang lain maka dia telah kehilangan sahabat
الرسول صلى الله عليه وسلم عفى عن كل أهل مكة الا ١٣ أمر بقتلهم حتى لو وجدوهم متعلقين بأستار الكعبة لبشاعة جرائمهم
Rasulullah s.a.w memberi pelepasan kepada seluruh penduduk Mekah melainkan 13 orang yang disuruh baginda untuk dibunuh walaupun mereka berselindung di halaman Kaabah disebabkan jenayah mereka yang dilakukan sangat berat
ضع الله نصبَ عينيك وقل وافعل ما يرضي الله فسيرضى عنك الصالحون والعقلاء، وقد تخسر من قيمهم مغلوطة أو عقولهم صغيرة
Letakkan Allah pada pandangan matamu, ucapkanlah dan lakukanlah perkara yang diredhai Allah, maka engkau akan diredai oleh orang-orang baik dan berakal. Namun, kemungkinan kamu akan kerugian oleh kerana penilaian manusia yang silap dan akal manusia yang kecil
قلْ أعوذُ بربِّ النَّاس” : إشارة إلى أن الناس ليسوا ربّاً ولا إلهاً، فلا يكن رضاهم همّك، بل همّك ربّ وملك وإله الناس

“Katakanlah: Aku berlindung dari Tuhan sekalian manusia” merupakan satu isyarat yang membuktikan bahawa manusia tidak sekali-kali akan menjadi Rabb atau Ilah. Maka, tidak perlulah kisah/peduli akan keredhaan manusia, tetapi pedulilah akan keredhaan Rabb, Malik dan Ilah kepada manusia

SMHE : Dakwah Ikhwan Muslimin

دعوة الاخوان المسلمين

 
 

Sepuluh tahun yang lalu , dakwah Ikhwan Muslimin telah bermula . ia dimulakan semata mata kerana Allah , mengikut jejak Rasul yang mulia s.a.w , penghulu sekalian pemimpin , ketua yang paling benar .. begitulah yang telah berlaku , dakwah Islamiyah Muhammadiyah yang berlandaskan Quran ini akan kekal . ia tidak mengenali warna dan corak selain Islam , ia tidak dicelup dengan celupan selain celupan Ilahi , ia tidak menasabkan dirinya kepada sesuatu pimpinan kecuali pimpinan Rasulullah s.a.w , ia tidak mengenal sebuah manhaj kecuali Quran , yang tiada padanya kebatilan kepada yang beriman dengannya , bahkan buat yang menentangnya

sumber : Himpunan Artikel Imam al Banna , diterbitkan oleh majalah an Nazir , 30 Rabu’ulawal 1357 H bersamaan 30 May 1938 M bersempena dengan ulang tahun ke 10 dakwah Ikhwan

Feqh : Feqh Futur

Sabda Rasulullah s.a.w:
“إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة، فمن كانت فترته إلى سنتي، فقد اهتدى، ومن كانت فترته إلى غير ذلك فقد هلك”
 رواه أحمد وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما
“Sesungguhnya bagi setiap amal itu ada (masa) semangat dan bersungguh-sungguh, dan bagi setiap kesungguhan itu ada (masa) fatrah (kefuturan/lemah semangat). Barangsiapa pada waktu semangatnya lemah, lalu berpegang pada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk dan barangsiapa yang berpegang pada selainnya (sunnahku) maka dia telah binasa” (HR Ahmad dan Ibn Hibban dalam kitab sohih mereka)
 
 
Kita ibaratkanlah kehidupan kita seperti nat pada sebuah roda keretapi.
Nat tersebut adalah diri kita dan roda tersebut adalah garis masa perjalanan hidup kita.
Ada masanya nat tersebut berada di atas, dan pada masa yang lain ia berada di bawah. Namun, nat tersebut tetap teguh pada roda keretapi dan roda keretapi tersebut tetap di atas landasan keretapi.
Inilah fiqh yang difahami dari hadis Nabi s.a.w tersebut, iaitu walau apapun yang terjadi dalam diri dan kehidupan, kita tetap akan meneguhkan diri dan hati kita di atas landasan (sunnah) Rasulullah s.a.w.
Berikut merupakan 25 tanda, 10 sebab,15 cara pencegahan dan 10 bahan bacaan cadangan untuk menghadapi futur atau yang saya simpulkan sebagai FIQH FUTUR.

i) Tanda-tanda:

1) Rasa malas pada roh, fizikal dan mental
2) Sedikit baca Quran dan tidak terkesan dengan bacaan
3) Mula rasa tak ikhlas, mengungkit dan riya’ (beramal untuk dilihat orang)
4) Hubungan dan kebergantungan kepada Allah mula goyah
5) Tidak terkesan dengan nasihat dan peringatan
6) Dakwah dilakukan hanya untuk lepaskan tanggungjawab dan untuk mengelakkan dipersoalkan
7) Menyibukkan diri dan pemikiran dengan dunia, banyak tidur, bersiar-siar dan membeli belah barang yang tidak perlu
8) Berlebihan dalam perkara mubah seperti makan, laman sosial dan tidur
9) Keyakinan mula goyah dalam konsep pekerjaan Allah seperti rezeki, takdir dan musibah
10) Membuang masa dengan perkara yang tak bermanfaat
11) Sangat sayang pada harta dan kekayaan sehingga tidak mahu menginfakkannya untuk dakwah
12) Mula mengabaikan aspek plan, strategi dan perancangan untuk dakwah
13) Menjauhkan diri dari rakan-rakan yang baik
14) Mengasingkan diri dari amal islami dan amal dakwah
15) Mula tidak menghadiri majlis ilmu dan kerap ponteng kelas formal
16) Terhakis minat terhadap perbincangan ilmiah dan keagamaan
17) Sering merungut dan mengeluh kerana bosan dengan tarbiah dan dakwah
18) Sering menyalahkan orang lain, menjadi pemarah dan sukar memaafkan
19) Menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang dipikul kepada orang lain tanpa sebab yang munasabah
20) Tidak fokus dan tidak memberi keutamaan kepada maslahah dakwah dan pembangunan ummah
21) Selalu merasakan diri betul dan tidak ingin mengaku kesalahan
22) Mula mendekati maksiat dan tidak sensitif dengan dosa
23) Mula terpengaruh dan menyebarkan berita-berita yang tidak benar berkenaan dakwah dan amal islami
24) Tidak mengendahkan ama-amal sunat dan tidak melazimi tahajjud
25) Timbul syubhah dan keraguan terhadap kefahaman asas dakwah dan amal islami

ii) Sebab-sebab:

1) Kurang memberi perhatian kepada hubungan dengan Allah
2) Berterusan melakukan dosa kecil tanpa ada kesedaran untuk bertaubat
3) Kurang memberi perhatian terhadap tarbiah ruhiyah dan zatiyah (diri sendiri)
4) Kurang berdoa dan memohon kekuatan dari Allah
5) Selesa dengan persekitaran dan rakan-rakan yang tidak meningkatkan iman
6) Sering bertangguh-tangguh melakukan kebaikan
7) Tidak meletakkan target dan perancangan untuk dakwah dan kehidupan
8) Perasan diri sudah sempurna dan baik (membandingkan diri dengan golongan yang lemah iman)
9) Memendam masalah dan rasa tak puas hati tanpa usaha untuk melakukan pembaikan, perbincangan dan penjelasan
10) Kurang membaca dan mengambil motivasi dari sirah nabi, kisah sahabat dan ulama yang gigih menyebarkan dakwah dan melakukan islah

iii) Cara pencegahan:

1) Ikhlaskan hati dan sentiasa lakukan muhasabah serta tajdid niat
2) Menjaga ibadah fardhu dengan baik dan melazimi solat berjemaah di masjid
3) Sentiasa berusaha untuk meningkatkan amal-amal sunat
4) Banyakkan membaca dan memahami tafsir Quran, hafazan dan tidak mengabaikan tadabbur (manfaat dari kefahaman tafsir)
5) Banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah
6) Usaha untuk tingkatkan pembacaan dan mengambil motivasi dari sirah nabi, kisah sahabat dan ulama yang gigih menyebarkan dakwah dan melakukan islah
7) Rapatkan diri dengan sunnah-sunnah Rasulullah, cuba untuk menghafal hadis dan menghadiri majlis ilmu
8) Sentiasa ingat mati (contohnya menziarahi kubur)
9) Sentiasa berfikir dan merenung kebesaran Allah
10) Bersahabat dengan orang-orang soleh dan meminta nasihat dari mereka
11) Sentiasa bertaubat
12) Melakukan rehlah (bersiar-siar) ke tempat-tempat yang boleh diambil pengajaran
13) Mendengar ceramah/tazkirah dari radio, youtube dan sebagainya
14) Kerap menziarahi rakan-rakan yangber sama-sama melakukan dakwah
15) Membaca buku-buku berkaitan tarbiah rohani, penyakit hati dan hasutan syaitan

iv) Buku-buku cadangan:

1) Tafsir fi zilal Quran, Sayyid Qutb
2) Riyadhussolihin, Imam Nawawi
3) Sohih Targhib wa Tarhib, Syeikh Nasiruddin Al-Albani
4) Tahzib Madarij Salikin, Syeikh Abdul Mun’im Soleh Al-Izzi
5) Ad-Daa’ wa ad-Dawaa’, Ibn Qayyim
6) Talbis Iblis, Ibn Jauzi
7) Ihya’ Ulumuddin, Al-Ghazali
8) Tarbiyatuna ruhiyyah dan Tazkiyatunnafs, Syeikh Said Hawwa
9) Khittah Barraqah li zinnafs tawaqquh, Syeikh Solah al-Kholidi
10) Buku-buku sirah, sejarah dan tamadun umat Islam, terutama sekali tulisan-tulisan para ilmuwan kontemporari dalam bidang sejarah seperti Dr Imaduddin Khalil, Dr Ali as-Solabi dan Dr Raghib as-Sirjani

Wallahu A’lam.
Semoga bermanfaat untuk diri saya dan sesiapa sahaja yang membaca post ini.
Semoga Allah s.w.t beri kekuatan kepada kita untuk terus melakukan peningkatan iman, akhlak, ilmu dan kecergasan tubuh badan.

SMHE : Di atas Jejak Mereka yang Mendahului dan Ikhlas

أعلى خطى من سبق

Mereka yang telah mendahului kita dengan ikhlas dan thabat di atas jalan dakwah adalah mahkota di atas kepala kita , jejak mereka yang benar telah memancarkan kemanisannya kepada kita , dan kita mengambil bekalan darinya dalam perjalanan ini . Allahumma rahmatilah mereka yang telah pergi , dan peliharalah yang masih menunggu , Allahumma berkatilah umur mereka dan amal mereka , berikan kami manfaat ilmu dan amal mereka , ya Allah tuhan sekalian alam

Inilah yang di ajar oleh Quran , tatacara berinteraksi dengan para sabiqin (orang orang terdahulu) dan sodiqin (orang orang yang ikhlas) dalam kalangan ahli iman , firman Allah ” wahai tuhan kami ampunilah kami dan saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman .. ” al Hasyr : 10

untuk mereka kita hadiahkan doa yang tulus , kesetiaan yang tidak berbelah bagi dan pengikut yang benar

SMHE : Ke Arah Medan Amal dan Perlaksanaan

ميدان العمل والتنفيذ

Wahai Ikhwah : Setiap kali aku berada di situasi di mana semuanya mendengar (dan aku berucap) , aku akan memohon pada Allah untuk menyegerakan hari di mana kita mengalihkan medan kalam kepada medan amal , dan dari medan merancang dan berteori kepada medan praktikal dan realisasi . telah berlalu panjang masa yang kita peruntunkkan untuk para pengucap memberikan ucapannya , zaman ini telah menuntut kita untuk segera dengan rantaian amal yang produktif . Dunia ini memerlukan kekuatan dan persediaan , tetapi kita masih sering berkata kata dan berangan angan

Firman Allah s.w.t ” wahai orang yang beriman , mengapa engkau katakan sesuatu yang tidak engkau kerjakan , seburuk buruk balasan di sisi Allah buat yang berkata sesuatu yang tidak dikerjakan ” as Saff : 2-3

Sumber : Himpunan Kata kata Imam Hasan al Banna di Mu’tamar Mahasiswa Ikhwan Muslimin , 20 Febuari 1938

SMHE : Bersama Penulis Syarahan Pertama Prinsip Prinsip Ikhwan

أ. مصطفى مشهور

Barangsiapa yang membaca karangan ustaz Mustafa Masyhur rahimahullah , dia akan menemui fikrah fikrah asas iaitu : berterusan di atas jalan dakwah walau apa pun yang berlaku . fikrah ini telah mebentuk syakhsiah beliau , meresap ke dalam jiwa , sehinggalah digelar ” pensyarah pertama prinsip prinsip Ikhwan ” , beliau telah menggariskan fikrah yang memelihara dakwah dengan asas asasnya , menimbang semaknya dengan timbangan prinsip prinsipnya dengan sangat meluas dalam ideanya dan buku buku penulisannya yang menjangkau 20 buah

sumber : Majalah Mujtama3 , siri 1528 23/11/2002

Semoga Allah merahmati ustaz Mustafa dengan rahmatnya yang luas , semoga usaha dan jihadnya di atas jalan dakwah dan tarbiyah serta keasliannya dikira sebagai amal soleh di sisi Nya , sungguh kami dan para Ikhwan telah mendapat manfaat yang banyak darinya . aku menasihati diriku dan para Ikhwan agar sentiasa mengambil bekalan yang berterusan dari siri siri Feqh Dakwah yang ditulis oleh ustaz Mustafa . ia adalah sebuah fikrah sohih yang tidak ternilai , pandangan yang jelas , praktikal praktikal di atas jalan dakwah . ust Mustafa telah menghimpunkan di dalamnya Keaslian Dakwah , Pengalaman dan Percubaan yang Menakjubkan . beliau telah melalui 65 tahun pengalaman di atas jalan dakwah , seorang pekerja yang thabat . Semoga Allah memberi kita ganjaran di atas dakwah Islam dan Muslimin keseluruhannya

SMHE : Bersabarlah dan Tolak Ansurlah dengan Ikhwanmu

اصبر نفسك وتحمل إخوانك

Pada awal 90-an aku bekerja di Markaz Am Ikhwan Muslimin di Taufiqiyah . Suatu hari , aku berkata kepada Mursyid Ustaz Muhammad Hamed Abdul Nasir Rahimahullah ;

” Berikan aku nasihat “

beliau berkata , ” Bersabarlah dan Toleransilah sesama Ikhwanmu “

aku lantas berkata kepada beliau , ” walaupun jika berlaku kekacauan ? ” beliau mengiyakan

lantas beliau menyambung , ” jikalau aku berbuat sebagaimana yang dibuat oleh sebahagian dari Ikhwan , dan aku tidak bersabar dan bertoleransi , maka aku tidak akan menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam dakwah ini , dan aku tidak mungkin menjadi seorang Mursyid Am . kerana aku selalu mengingati firman Allah s.w.t : dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang orang yang menyeru tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan Nya , dan janganlah memalingkan kedua matamu dari mereka kerana mengharapkan keindahan dunia , al Kahf : 28 . aku sentiasa meletakkan di hadapan pandanganku : dan demi tuhanmu bersabarlah , al Mudathir : 7 . Sabarlah saudaraku , dan bertolak ansurlah dengan Ikhwanmu “

Penulis Akhbar , Ustaz Amir Symakh

SMHE : Kesetiaan kepada Janji dan Sumbangan kepada Dakwah Kita

الوفاء لبيعتنا

Kesetian berlangsung di atas sebuah perjanjian atau bai’ah . bai’ah terhadap sebuah persetujuan dan sumpah setia membuatkan seorang da’ie taat , patuh dan berserah diri kepada tuhannya , mempertahankan Agamanya , berkorban demi dakwahnya . kerana apabila seseorang itu mengikat dirinya kepada dakwah dan meredhainya , ia menjadi wasilah (jalan) untuk dia menghampiri Tuhannya , telah diwajibkan ke atas dirinya sebuah kesetiaan terhadap bai’ah dan tuntutan tuntutannya , firman Allah s.w.t ” setialah pada janji , sesungguhnya di atas sebuah perjanjian itu ada penanggungjawaban ” al Isra’ : 34

Sehinggalah dijanjikan untuknya kejayaan , dan tiadalah kesetiaan dan ketaatan buat mereka yang tidak menyertai perjanjian ini

Hakikat sebuah bai’ah ia adalah sebuah urusan dengan Allah s.w.t

” Sesungguhnya mereka yang berbai’ah denganmu , mereka sedang berbai’ah dengan Allah ” al Fath : 18

Dakwah ini terdiri di atas rantaian pengorbanan yang agung , pengorbanan masa , kesungguhan , harta dan jiwa . Generasi awal dakwah ini telah memikulnya dan mencerminkan sebuah contoh kesetiaan yang tiada berbelah bagi , generasi seterusnya terus mara dan berkorban demi perjanjian ini

” mereka tidak gelisah dengan apa yang menimpa mereka di jalan Allah , mereka tidak lemah dan tidak duduk diam kerananya ” Ali al Imran : 146

Semoga Allah s.w.t menganugerahkan kita kesetiaan terhadap bai’ah , seterusnya membimbing kita untuk terus memberi dan menyumbang terhadap dakwah ini . ikhlas kerana agama ini

SMHE : Keseimbangan antara Marhalah Ta’rif , Takwin dan Tanfiz

oleh Dr Muhyi Hamed , ahli Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin
Muqaddimah :
Sesungguhnya para pendokong dakwah mengetahui bahawa perjalanan amal dan langkah pelaksanaannya dikira sebagai perkara asasi dan petunjuk utama dakwah Ikhwan Muslimin (IM). Ia juga sebagai penyempurna yang penting bagi manhaj taghyir, iaitu dengan menentukan jalan dan langkah yang sepatutnya dilalui oleh kita sehingga mampu mencapai matlamat dan objektif yang menjadi faktor tertegaknya dakwah IM.
Mungkin ada orang tersalah dalam menentukan  jalan untuk sampai ke matlamat tersebut. Justeru wajiblah dipastikan dari masa ke semasa marhalah-marhalah dan wasilah-wasilahnya yang akan menyampaikannya kepada objektif dan cita-cita yang diharapkan itu. Para pendokong dakwah perlu sentiasa ingat tentang tiga marhalah dakwah yang telah ditentukan oleh Imam Hasan Al-Banna rahimahullah, iaitu: takrif, takwin dan tanfiz.
Seperti katanya rahimahullah:“Adapun tadarruj (beransur-ansur) dan berpegang kepada tarbiah dan kejelasan langkah sepanjang jalan IM kerana disebabkan mereka beriktikad bahawa setiap dakwah tidak boleh tidak mesti ada tiga marhalah: marhalah di’ayah (propaganda), takrif (pengenalan), tabsyir (berita gembira) dengan fikrah, dan berusaha menyampaikannya kepada segenap segmen masyarakat. Kemudian marhalah takwin (pembentukan), pemilihan pengikut, penyediaan tentera, persiapan sof dari kalangan mad’u. Kemudian datang marhalah tanfiz (pelaksanaan), amal dan produktiviti. Kebanyakan marhalah ini biasanya berjalan serentak, selaras dengan kesatuan dakwah serta keutuhan hubungan ketiga-tiga marhalah tersebut. Maka da’ie bertindak menyeru, dalam masa yang sama dia memilih dan mentarbiah, dan dalam masa yang sama juga beramal dan melaksana.” (Risalah Muktamar Khamis)
Nabi Muhammad SAW merupakan da’ie yang sentiasa memberi amaran bagi kaumnya, baginda juga adalah murabbi yang amat bijak serta berupaya menyaring dan memilih para sahabatnya dan mentarbiah serta mempersiapkan mereka. Baginda juga adalah mu’allim dan mahaguru yang sentiasa mengajar perkara berkaitan agama mereka. Baginda juga adalah qaid (ketua) dan mujahid yang sentiasa berusaha  mengangkat martabat agama ini. Di atas manhaj nabawi inilah sahabat-sahabat radhiallahuanhum yang mulia lalui, para tabi’en dan tabi’e at-tabi’en serta para salafu as-soleh ridhwanullah alaihim. Oleh itu wajib bagi para pendokong dakwah meyakini bahawa tadarruj (beransur-ansur) dalam langkah adalah usul dan fiqh kepada amal dakwah IM. Begitu juga menuruti langkah-langkah yang telah dilalui oleh dakwah Islam yang pertama di atas jalan kekasih kita SAW; bermula dari iklan (isytihar) dengan dakwah ini, berjuang di sepanjang jalannya tanpa mengenal erti jemu, memilih jiwa-jiwa yang bersedia dengan dakwah ini, mempersaudarakan sesama mereka, mentamkinkan (memantapkan) iman di hati mereka, kemudian berjuang bermati-matian terus menerus tanpa henti bagi meninggikan kalimah Allah di muka bumi agar agama ini berkuasa di seluruh pelusuk alam sehingga tertegaknya Daulah Islamiyyah yang pertama, kemudian tertegaknya Khilafah Rasyidah, kemudian tersebarnya Hadhorah Islamiyyah Raidah (Peneraju Tamadun Islam) yang merupakan contoh yang menarik alam seluruhnya kepada Islam.
Kefahaman Yang Betul :
Sayugialah bagi pendokong dakwah memahami ketiga-tiga marhalah ini. Ia dalam banyak keadaan berjalan serentak. Marhalah takrif dan di’ayah adalah asas penyebaran fikrah seraya berusaha meyakinkan orang kepadanya. Marhalah takwin dan pemilihan ansar amat penting untuk membentuk sof yang mantap. Marhalah tanfiz merupakan usaha dan proses mengeluarkan hasil adalah perluasan sebenar dan ia adalah hasil yang normal berlaku setelah berlalunya marhalah sebelumnya. Justeru pendokong dakwah tidak seharusnya mengutamakan satu sudut dengan mengabaikan sudut yang lain. Betapa pentingnya perseimbangan ini, kerana bila sudut takrif lemah, ansar (pengikut) tak bertambah, lalu membawa kepada berlakunya kelemahan di sudut tanfiz dan objektif yang diharapkan akan gagal. Bila sudut tarbiah dan takwin lemah, akan lemahlah binaan peribadi dan pembentukannya, akan membawa kepada kelemahan pelaksanaan di sudut takrif, tanfiz, gerak kerja dan penghasilan yang akhirnya membawa kepada lambatnya tamkin (kekuasaan) dan kemenangan. Bila sudut tanfiz lemah, ia akan membawa kepada terlambatnya langkah dan marhalah yang memberi saham untuk tercapainya kemenangan dan tamkin bagi agama Allah. Keadaan yang hampir serupa boleh berlaku bila sudut tanfiz diutamakan berbanding takwin, maka binaan menjadi lemah dan ikatan menjadi rapuh, dan dakwah ini akan terdedah kepada bahaya. Bila sudut takwin diutamakan berbanding takrif dan tanfiz, akan berlaku kemunduran kepada dakwah, pengaruhnya terhadap jiwa manusia yang cinta kepada dakwah ini menjadi lemah. Perlu diketahui bahawa manusia yang ramai sebagai penyokong dakwah penting diberi perhatian kerana mereka adalah ‘kaedah asas’ untuk bergerak ke arah merealisasikan ‘kebangkitan Islam’. Begitu juga bila sudut takrif diutamakan berbanding takwin dan tanfiz membawa kepada berlakunya kelemahan pada fikrah, risalah dan dakwah kerana dakwah pada ketika itu akan berdepan dengan fenomena kurangnya pendokong dan mereka yang sanggup menanggung bebanannya.
Sesungguhnya pelaksanaan yang seimbang antara tiga marhalah dakwah dan tidak memberatkan satu marhalah ke atas marhalah lain amat mustahak diberi perhatian bagi mewujudkan kesempurnaan, kesinambungan dan keserasian yang dituntut antara pelbagai bidang dakwah ini. Alangkah indahnya kalimat-kalimat yang diungkapkan oleh ISHAB khususnya berkenaan keseimbangan yang dituntut, katanya: “Kekanglah emosi yang meluap-luap dengan pandangan akal, terangilah lampu akal dengan api kejiwaan, ikatlah khayalan dengan hakikat dan realiti sebenar, singkapilah hakikat-hakikat itu dalam cahaya khayalan yang berkilauan. Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
 “Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila Dia menyeru-mu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada-mu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.”
(Surah Al-Anfal: 24)
Dan jangan kamu melawan undang-undang alam, sesungguhnya ia sentiasa menang, akan tetapi berusahalah agar ia dapat kamu gunakan, alihkan arusnya, dan manfaatkan sebahagiannya ke atas sebahagian yang lain, dan tunggulah saat kemenangan, ia sebenarnya tidak jauh.” (Adakah Kita Kaum Yang Bekerja).
Keseimbangan Antara Tiga Marhalah Adalah Penting :
Oleh kerana itu, para pendokong dakwah hendaklah berusaha ke arah mewujudkan perseimbangan di antara ke tiga-tiga marhalah dengan tidak memberatkan yang satu ke atas yang lain atau dengan kata lain tanpa mengurangkan atau mengabaikan yang lain, kerana Allah telah menjadikan alam ini ada undang-undang dan sunnahnya (ketentuannya). Menjadi kewajipan ke atas pendokong dakwah mengikutnya, berusaha memanfaatkan sesetengahnya ke atas setengah yang lain dan jangan sekali-kali bertembung dengannya kerana sesungguhnya ia amat berkuasa. Umat yang berjuang amat berhajat kepada pembinaan jiwa, keutuhan akhlak serta mencerakinkan pengikutnya di atas akhlak kelelakian sebenar sehingga mampu berdiri teguh di tengah-tengah onak duri dan badai ombak yang mengganas.
Sesungguhnya kefardhuan utama dan peranan terpenting yang dikehendaki oleh dakwah IM ialah mentarbiah ummah supaya memiliki jiwa mulia, berakhlak terpuji lagi tinggi, beramal untuk menyuburkan perasaan kelelakian sebenar dalam jiwa ummah sehingga mampu mempertahankan kemuliaannya dan berupaya mengembalikan keagungannya serta pula sanggup menanggung halangan dan kesusahan demi mencapai  matlamat yang diharapkan. Di atas prinsip inilah terbinanya kebangkitan umat dan bangsa. Dan agar terlaksana semua itu, maka para pendokong dakwah dikehendaki menyebarkan fikrah umum ini ke tengah-tengah manusia dengan pelbagai pendekatan nasihat dan tunjuk ajar, memberi khidmat untuk masyarakat awam dengan mendirikan bangunan tertentu untuk dimanfaatkan oleh umum dan sebagainya seperti medium untuk menyampaikan ilmu sebagai saham untuk meningkatkan keiltizaman manusia kepada prinsip, akhlak, nilai-nilai Islam dalam bentuk amali dan pelaksanaan yang akhirnya memberi saham untuk proses membina dan membentuk bagi anasir-anasir soleh yang mampu menanggung bebanan dakwah tanpa syak dan teragak-agak. Semua yang disebut di atas akhirnya akan melahirkan kerja yang berterusan, perjuangan yang
berkesinambungan, jihad yang tidak mengenal erti penat untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Sesungguhnya para pendokong dakwah berkemungkinan pada situasi tertentu berhadapan dengan beberapa pemikiran dan dakwah yang bertentangan dengan manhaj Jemaah yang berkat ini, khususnya melalui tiga marhalah yang berjalan secara seimbang, di atas alasan untuk lari dari cubaan dan halangan yang dihadapi oleh dakwah. Para pendokong dakwah hendaklah mengetahui bahawa pemikiran-pemikiran seperti ini tidak akan dapat melakukan pengislahan syumul yang diharapkan. Pengislahan sebenar mesti bermula dari mengislah individunya sendiri terlebih dahulu, kemudian rumahtangga Islam, menunjuk ajar masyarakat kepada ta’alim Islam dan ajaran-ajarannya, kemudian membebaskan tanahair, mengislah kerajaan-kerajaan sehingga memenuhi kehendak Islam sebenar, kemudian mengembalikan entiti antarabangsa umat Islam dan seterusnya menegakkan ustaziyyat al-alam (order baru dunia). Semua objektif-objektif besar ini menuntut para pendokong dakwah bergerak seiring dengan tiga marhalah tanpa mengabaikan keseimbangan kerana kesatuan amal, pertautan antara bahagian dengan bahagian yang lain memberi saham kepada kesinambungan kejayaan amal, kesuburan dan penyebarannya dalam segenap sudut kehidupan.
Para pendokong dakwah hendaklah mengetahui kewajipan-kewajipan asasi yang dituntut daripadanya untuk memastikan wujudnya keseimbangan, kesempurnaan antara tiga marhalah tersebut, antaranya:
Pertama : Marhalah Takrif
 
  1. Memahami serta menguasai prinsip-prinsip Islam dan melaksanakannya secara amali.
  2. Menyediakan mengikut situasi yang sesuai untuk melayakkan prinsip-prinsip, nilaian dan amalan agar dihayati oleh individu masyarakat di semua tempat dan lapisannya.
  3. Menggunakan bahasa yang sesuai untuk menyampaikan mesej dakwah ini agar sesuai dengan masyarakat awam berkenaan kefahaman Islam sebenar dan syumul, tanpa unsur melampau atau jumud bagi menyajikan kefahaman Islam wasati kepada seluruh umat Islam.
  4. Memperbaharui dan kreatif pada wasilah dan teknik yang efektif, berkesan dan sesuai bagi setiap lapisan masyarakat.
  5. Mewujudkan pelbagai takungan untuk menampung mereka yang bersimpati dengan dakwah Islam ini.
  6. Sentiasa berusaha mewujudkan penyelarasan dan kerjasama bersama para pekerja di medan dakwah Islamiah, berusaha ke arah menyatukan potensi berkhidmat untuk Islam.
Kedua : Marhalah Takwin
  1. Menjadi qudwah secara amali untuk mengislah jiwa serta melakukan peningkatan.
  2. Melakukan pemilihan dan penapisan anasir-anasir soleh untuk membawa dakwah ini.
  3. Mempersiapkan dan membentuk murabbi yang berjaya sebagai orang yang memiliki pengalaman dan pengaruh. Murabbi begini mampu untuk melakukan peningkatan, merubah tabiat berpandukan manhaj dan wasilah tertentu.
  4. Menggunakan wasilah dan pelbagai teknik tarbiah ikut kesesuaian dan berkesan untuk semua segmen masyarakat.
  5. Mengupayakan manhaj tarbiah bukan hanya sekadar ilmu dan teori, tetapi dipindahkan ke bentuk praktikal, akhlak dan kemahiran.
  6. Membentuk biah (suasana) tarbawi yang sesuai dan berkesan dalam membina sahsiah serta membentuknya.
Ketiga : Marhalah Tanfiz
  1. Membuat perancangan rapi untuk mencapai objektif dan cita-cita yang diharapkan dalam pelbagai medan dakwah.
  2. Mengagihkan kerja berdasarkan potensi dan pelbagai kelebihan dalam semua aktiviti dakwah.
  3. Mempelbagai dan memperbaharui secara berterusan dalam metode dan mekanisme amal dakwah, sesuai dengan situasi yang dilalui.
  4. Melahirkan qiadah berkesan untuk memimpin dan memandu masyarakat kepada Islam.
  5. Bekerja berterusan tanpa henti atau berundur atau berkendur.
  6. Perjuangan secara aman, usaha yang  berterusan, jihad yang bersungguh untuk merealisasikan cita-cita yang ditetapkan untuk pendokong dakwah ini.

images

Adapun selepas itu.. Maka sesungguhnya perjalanan yang seimbang antara tiga marhalah; takrif, takwin dan tanfiz adalah jalan yang akan membawa terlaksananya objektif-objektif yang diharapkan sekalipun memakan masa yang lama atau dirintangi pelbagai halangan kerana para pendokong dakwah mengetahui bahawa Daulah Islamiyah yang telah menghadapi faktor-faktor kejatuhan berkurun dulu tidak logik dapat dibangunkan dalam masa beberapa tahun. Perjuangan ini perlu kepada kesabaran, thabat dan taqwa kepada Allah SWT seperti firmanNya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung”.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.