Tarbiyah : Fitnah movie

Hmm.. dalam dunia ni, adakah wujud jalan tengah di antara islam dan kekufuran?

 

Sahabat-sahabat dulu berperang untuk menyebarkan islam tidak lain tidak bukan adalah disebabkan perintah Allah SWT yg disampaikan melalui Nabi Muhammad SAW. Kenapa mereka semua begitu teguh sehingga ada yang diseksa sampai nyawa di hujung kerongkong tapi masih berpegang dengan Islam? Sesungguhnya semangat itu semuanya lahir dari akidah suci yang berpaksikan ayat2 Allah SWT..

 
Ramai orang cakap nak tengok movie sebab nak tiru pelakon filem tu, nak dapat semangat nak belajar dan nak cambahkan fikiran..

 

Nescaya KALAU itu asbabnya.. Rasulullah SAW dulu pasti akan membawa bersama pasukan penghibur yang akan mendendangkan syair kebangkitan dan kepahlawanan khas untuk sahabat2 baginda dalam perjuangan! So, baru lah semangat nak berperang.. Tapi, pernahkah Rasullah berbuat demikian?

 

Image

Nescaya juga.. kita akan export movie banyak-banyak ke Palestin supaya nanti akan lahirlah roh-roh yg bersamangat untuk membangkitkan islam, berjuang menentang Israel. Sampai ada suatu masa, lepas tengok je movie terus memburu tentera Israel berperang mencari syahid!

 

Tambahan lagi, kalaulah dengan menonton movie tu banyak manfaatnya sampai sanggup kita habiskan masa berjam-jam, nescaya daurah kita cukuplah dengan sekadar bedah movie.. boleh buat tiap-tiap hari, Best kan? Sambil makan popcorn, shumam bi halib dan tak perlu ada orang nak bagi pengisian.. masing-masing boleh ambil ibrah..betul tak? Tapi sebenarnya, berapa kali je pengisisan dalam sebulan yang sepatutnya kita lakukan melalui wasilah ini?😀

 

Kalau nak dapat semangat belajar pun, renung-renuglah balik…sudahkah kita sampai tahap tak tidur malam berdoa kepada Allah SWT supaya ditetapkan hati dan berikan kecintaan urusan yg sedang dihadapi dan akan dihadapi ini?

Sahabat-sahabat Baginda & rakyat Palestin tak sempat pun nak terfikir nak tengok movie kerana mereka tahu Allah SWT sebaik-baik tempat meminta pertolongan.. mereka percaya tiada celupan yg benar melainkan celupan Allah..! namun kita???

 

(2 : 138)
(2 : 153)

HASAN BASRIBIN CHE NIK
Jordan University of Science and Technology (JUST)
Pelajar Perubatan Tahun 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: