Kitab : Syahadatul Haq ” Agar dunia menjadi saksi, Kelak tiada alasan diberi “

 

Image

Judul    : Syahadatul Haq (Agar dunia menjadi saksi, Kelak tiada alasan diberi)
Penulis : Abu ‘Ala Al Maududi
Bahasa : Bahasa Melayu

1) Syahadah Al-Haq atau Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah adalah suatu seruan yang dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi dan ditujukan untuk SELURUH MANUSIA. (m/s 2)

Melalui seruan ini beliau menjelaskan kepada masyarakat tentang dakwah Islamiyyah. Di samping turut menampilkan pendekatan yang digunakannya bagi mengetengahkan keistimewaan dakwah ini dan membawa manusia berkongsi bersama segala KEINDAHANNYA. (m/s 2)

2) “Syahadah Al-Haq” BUKAN SEKADAR mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga TIDAK CUKUP setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. (m/s 2)

Syahadah ini HANYA TERLAKSANA apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Dengan kata lain mereka PERLU menjelaskan ke seluruh alam, kebenaran yang bakal memimpin mereka menggunakan jalan yang lurus, cara yang betul dan amalan yang berkekalan. (m/s 2)

3) Malah kita sendiri TIDAK BOLEH NAFIKAN bahawa kita turut terlibat, kerana kita sendiri melayan mereka (orang yang belum beriman) seolah-olah mereka adalah bangsa asing yang berbeza sama sekali dari segi darah, bahasa dan budaya. (m/s 3)

TIDAK HAIRAN jika Islam pada pandangan mereka adalah agama yang khusus untuk satu bangsa atau satu keturunan bukan satu agama untuk seluruh manusia. (m/s 3)

4) Jelas di sini, syahadah ini TIDAK MUNGKIN dapat dilaksanakan MELAINKAN setelah kita, sebagai individu atau masyarakat menjadikan diri kita sebagai contoh yang jelas kepada agama kebenaran yang kita laungkan ini, dalam bentuk perbuatan, dalam bentuk yang dapat dilihat kesannya dalam dunia realiti. (m/s 9)

Setiap rumah kita diwarnai oleh ajaran agama yang agung ini. Setiap gedung perniagaan dan setiap kilang kita disinari sinar hidayahnya. Setiap sekolah dan setiap institusi pengajiannya diterangi oleh cahayanya yang bergemerlapan. Setiap hasil sastera dan setiap akhbar kita menjadi wacana yang mengungkapkan keindahannya dan menjadi lidah yang mematikan hujah sesiapa sahaja yang cuba menolak kebenarannya. Demikian juga dengan dasar negara dan budaya masyarakat kita, seluruhnya menjadi CONTOH JELAS kepada jalan lurus yang kita lalui, jalan yang kita mahu supaya seluruh manusia melaluinya dan bersama dengan prinsipnya. (m/s 9)

5) Sementara itu, para pemimpin kita dan juga mereka yang menentukan polisi ummah ini pula HANYA MEMAHAMI semangat
kebangsaan atau semangat perkauman. Cara dan kaedah yang digunakan dalam menyelesaikan sesuatu isu nasional atau isu yang berkaitan dengan perlembagaan dan dasar SAMA sepertimana yang digunakan oleh orang-orang kafir. Malah mereka dengan jelas menyatakan bahawa Islam tidak mempunyai apa-apa yang boleh dijadikan sebagai panduan atau cahaya yang dapat menerangi sebarang krisis antarabangsa berkaitan dengan perlembagaan dan dasar-dasar penting. (m/s 11)

Dalam masa yang sama, rakyat atau golongan majoriti ummah pula secara zahir membuat pengakuan melalui lidah mereka bahawa tumpuan mereka hanya berlegar sekitar soal
keduniaan. Seolah-olah mereka TIDAK PERNAH dikurniakan oleh Allah sebarang agama yang boleh menjadi bahan perbualan mereka atau boleh mengisi masa mereka untuk mereka bincangkan. (m/s 11)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: