Sejarah : Mali siri 2#

antara persoalan asas dalam sejarah Islam ,

bagaimana Islam tersebar ?
bagaimana sinar Islam menyimbah seluruh benua Afrika ?
sehingga Afrika dikira sebagai sebuah benua yang memiliki peratusan umat Islam tertinggi dalam sebuah benua

image007
Islam tersebar melalui pelayaran , perniagaan , perkahwinan , peperangan , penjajahan .. dan banyak lagi jawapan yang telah kita pelajari dalam silibus pelajaran baik di sekolah rendah , menengah mahupun universiti

perhatikan kata kata Dr Mahmood Syakir apabila menggambarkan sejarah penyebaran Islam ke Alam Nusantara yang dinukilkan dari karya beliau , at Tarikh al Islamiy ;

” .. perniagaan sememangnya memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Islam ke alam Melayu , tetapi perniagaan bukanlah tujuan asas kedatangan mereka . tetapi mereka datang dengan tujuan menyampaikan risalah Islam , dakwah . dakwah berjalan dalam bentuk perniagaan .. ”

maka ada dua perkara ,
antara hadaf (tujuan) dan wasilah (alat)

muslimin ketika itu melihat dakwah sebagai tugas utama mereka , menyampaikan risalah adalah profesyen utama bagi setiap muslim dan mereka sedaya upaya menguasai apa sahaja perkara yang dapat dimanipulasikan untuk menyampaikan Islam

ya , di sinilah tarbiyah dan dakwah berperanan

*ok muqaddimah*

baik , kembali kepada Mali

Islam telah memasuki utara Afrika seawal kurun ke enam masihi ketika pemerintahan Umar al khattab r.a melalui tentera Muslimin diketuai Amru ibn ‘as menentang Rom *sila baca serius best!*

kemudian Islam terus tersebar dengan slumberrnya sehingga ke hujung barat Afrika sepanjang zaman kerajaan Umayyah dan Abbasiyah . disebabkan menaip itu penat , tidaklah saya rajin menceritakan satu persatu peristiwa al futuhaat (pembukaan pembukaan) di Afrika utara . maka kita fokuskan siri Mali ini dengan sejarah sejarah al futuhaat di zon selain Afrika utara .

peristiwa dakwah , dan jihad di Afrika
benar benar mampu membuatkan kita tertunduk

jelas Islam itu tidak disebar dengan sekadar memetik jari kapowww maka Islamlah Nigeria , tidak ! Islam tidak tersebar dengan duduk duduk di masjid kemudian datang seorang bangsa Senegal merapatkan lutut mereka ke lutut anda justeru mengucapkan syahadatulhaqqoq ! tidak !! Islam tidak tersebar dengan terkagumnya seorang Mali dek keindahan binaan pencakar langit berbentuk alif lam lam haa’ ! katakan tidak !!

Islam memasuki Mali dari utaranya kemudian tersebar kepada seluruh warga Soninke atau As sonankiy sebagai salah satu bangsa asli di Afrika tengah , kemudian datang Kerajaan Islam al Murabitun (memerintah di Andalus-Maghribi bawah pemerintahan Khalifah Abbasiyah) dalam misi penyebaran Islam secara besar besaran di Afrika tengah yang ketika itu dikuasai oleh empayar Ghana sekitar tahun 1063 .

beberapa episod jihad Kerajaan Islam al Murabitun ke atas empayar Ghana berlangsung di seluruh tanah jajahan empayar mereka .

penguasa empayar Ghana akhirnya terpaksa melepaskan tanah jajahan mereka disebabkan Islam telah memasuki kebanyakan tanah jajahan dan raja-raja turut memasuki Islam . Mali telah dibebaskan dari empayar Ghana oleh kabilah Mandanjo (Muslimin) kemudian menjadi sebuah kerjaan Islam yang hebat di bawah pemerintahan Raja Sandiana dengan kawasan pemerintahan yang sangat besar . menjangkau sehingga barat daya Afrika (lautan Atlantik) dan ke Housa di timur dan ke pergunungan Atlas di barat . Islam terus disebarkan dengan rancak ke seluruh wilayah yang dimilikinya .

pembebasan manusia kepada penyembahan semata mata kepada Allah s.w.t diteruskan oleh anak Raja Sandiana , Mensa Mousa dengan meluaskan sebaran risalah ke Senegal dan Afrika barat . seterusnya ke Nigeria kawasan sekitarnya .

dengan ruang dan masa yang terhad ini , tidak cukup saya kongsikan seluruh kisah penyebaran Islam di seluruh pelosok Afrika . cukuplah untuk kita buka mata melihat betapa indahnya plot plot sejarah Islam di Mali . tidak lain adalah kerana mereka tegas menjadikan penyebaran risalah sebagai cita cita hidup mereka

ensyallah berjumpa lagi pada siri yang seterusnya
oh , silalah membaca

wslm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: