SMHE : Di Bawah Naungan Risalah Dakwatuna siri 1/6

muqaddimah : sejarah penulisan risalah dakwatuna (1932 sehingga awal 1933)

Ruh umum yang mendominasi risalah dakwatuna :

ia berupa ruh simpati terhadap ummah , dan ia tidak lebih daripada sebuah amanah yang telah ditetapkan Allah swt . ia dinamakan amanah syahadah yang disebutkan dalam surah al Haj pada ayat ke 78 ” dan jadilah kami syuhada’ ke atas sekalian manusia ” . ia juga berupa sebuah tanggungjawab yang berat untuk iqamatuddin sehinggalah diterjemahkan syahadah ini pada ummah dan prihatin terhadapnya daripada mendapat hukuman Allah jika amanah yang besar ini tidak dilaksanakan . inilah yang diwartakan Imam Hasan Al Banna dengan sepenuh perasaan yang ikhlas , mengalirkan air mata , membakar perasan dan merimaskan tempat tidur . di sinilah lahirnya ruh istinfar , ia bermaksud semangat yang berkobar kobar dan tidak lemah , malas dan tidak ambil peduli

Ciri ciri asas risalah dakwatuna :

i. dakwah
ii. keistimewaannya dan peringkat tanggungjawab
iii. Imam Al Banna dan manhajnya dalam mengkelaskan manusia sebagai subjek dakwah
iv. hakikat dakwah kita
v. tuntutan tuntutan dakwah kita

syarat syarat menjayakan amanah yang besar ini (iqamatuddin sehingga terbentuk sebuah ummah) :

i. melaksanakan kewajiban tanpa melihat kepada keberhasilan
ii. membangkitkan sebuah kemahuan dan aspirasi (sehingga lahir sosok untuk diteladani)
iii. amanahnya sebuah dakwah
iv. contoh teladan yang mulia dan pengesanannya terhadap pembinaan bangsa
v. kesatuan ruh ummah dan kesatuan aspirasinya
vi. wujud sebuah jamaah yang melaksana amar ma’ruf nahi munkar walaupun telah tercapai sebuah daulah islamiyah

risalah ini telah ditulis ketika dakwah sedang berada di fasa yang cukup kritikal , penulis sejarah dakwah telah membahagikan dakwah ini kepada beberapa fasa ;

1. fasa pengasasan dakwah 1928 – 1932

bermula dengan memindahkan pusat dakwah ke Kaherah pada tahun 1932 , dan ia adalah sebuah pewartaan dan pengiklanan kepada seluruh masyarakat di sekitarnya sehinggalah pada tahun 1939 ketika bermulanya perang dunia yang ke dua

2. selepas itu , jamaah memfokuskan kepada amal takwin dakhili (pembinaan internal) , i’dari (tadbir urus) dan tarbawi daripada tahun 1939 sehingga 1945

3. selepas itu tiba pula fasa menghadapi peristiwa penting di wadi an nil (negosiasi dengan british) pada tahun 1945 sehingga kesyahidan Imam Al Banna pada tahun 1949 , berlakulah selepas itu beberapa peristiwa peristiwa hitam yang dilakukan pihak tertentu yang sentiasa kita ingati walaupun Ikhwan sejak dari awal telah menyatakan sikap lepas diri terhadap tindakan tindakan mereka

antaranya adalah pembunuhan Khazindar dan An Naqrashi selaku Perdana Menteri ketika itu

Imam Al Banna pernah memberi respon terhadap peristiwa hitam ini dengan menyatakan bahawa , ” mereka bukan Ikhwan bahkan mereka bukan Muslimin ” ” Ikhwan telah berlepas diri dari penjenayah ini dan Ikhwan tidak bertanggungjawab terhadap penghakiman tentangnya oleh kuasa perundangan “

risalah dakwatuna telah ditulis pada fasa kritikal tersebut iaitu pada 1932 atau awal 1933 , sepertimana yang dinukilkan pada buku “diari dakwah dan da’ie” oleh Imam Al Banna , dan fasa ketika itu adalah peralihan pusat dakwah ke Kaherah dan antara tujuannya adalah pewartaan umum dakwah dan membentuk sebuah radar dakwah

dengan ini dapatlah kita garislah objektif dakwah ketika ini adalah ;

i. publisiti umum dakwah dan membina penyokong dakwah
ii. mengeratkan hubungan jamaah dengan masyarakat dengan cara menjelaskan objektif dan misi , serta masalah terbesar yang mereka hadapi

Objektif pertama ; publisiti umum dakwah dan membina penyokong dakwah

dakwah telah tersebar di sebuah markaz yang baru sepertimana yang dikehendaki Imam Al Banna dan dia merancang untuk kejayaannya , ini berlaku selepas perpindahannya ke Kaherah pada tahun 1932 , dakwah telah merealisasikan beberapa objektif antaranya ;

menyebarkan risalah di sebuah masyarakat yang baru terutamanya pemuda , termasuklah mahasiswa mahasiswa di Universiti .

Syaikh Ali Tantawi telah menghantar sebuah risalah kepada Al Banna yang ketika itu di luar Mesir , dengan tajuk “Fathu min Allah wa Nasrun Qarib” memaklumkan padanya tentang penyertaan empat orang mahasiswa ke dalam dakwah Ikhwan , mereka adalah : Dr Ibrahim Abu An Nuha , Ust Thahir Khasyab , Ust Abdul Hamid Ahmad dan Ust Mahmud Abu As Sa’uud . Ikhwan ketika itu berada pada fasa pengasasannya sekitar 1928-1932 lebih lebih lagi fasa ketikamana Imam Al Banna masih di Isma’iliyah . legar amal Ikhwan ketika itu tertumpu pada masyarakat kaki tiga , golongan berpendidikan sederhana dan rendah yang telah menjadi generasi awal Ikhwan iaitu enam orang yang telah dinyatakan Hasan Al Banna , ketika itu hanya ada sejumlah kecil dari kalangan ilmuan Azhar termasuklah Syaikh Hamid Askariyah dan Syaikh Muhammad Faraghli

Penyertaan empat orang mahasiswa Azhar ke dalam Ikhwan dan penggabungan dengannya sudah pasti sebuah pertolongan dari Allah dan kemenangan sebagaimana yang digambarkan oleh Syaikh Tantawi yang ketika itu digelar Hakimul Islam , beliau adalah penulis Tafsir Al Jawahir fi Al Quran . ini menandakan dakwah telah memasuki sebuah medan perang baru , antaranya mahasiswa seperti yang telah dirancang Allah swt , ini semua berlaku secara dalaman

manakala dari segi luaran :

telah dimulakan beberapa persediaan untuk menyusun sebuah majalah Ikhwan di tangan Ustaz Izzat Rajih , ketika itu beliau adalah seorang mahasiswa di sebuah universiti di Francis , dia telah menceritakan kepada gurunya , Dr. Orns Reinan tentang aqidah Islam dan beliau telah berjaya menceritakannya dengan sangat baik dan berhikmah . Ust Izzat Rajih telah menghantar sebuah risalah tentang peristiwa ini kepada saudaranya Ustaz As’ad Rajih , seorang ahli Markaz Am Ikhwan di Kaherah maka sebuah majalah Ikhwan telah diterbitkan dengan menyelitkan sebuah artikal pendahuluan bertajuk “aqidah Ikhwan Muslimin” pada pandangan pendidik Bahasa Arab dan Islam di France

suatu hari ketika aku berada dalam sebuah masjid di Paris , aku dapati ada akhabar dan majalah yang dipamerkan di sana yang mana sebagaimana aku dengar tentangnya rijal rijalnya ketika aku di Mesir , di bawah tajuk ” Aqidah kami ” , lantas aku membacanya dan aku dapati pada diriku sebuah keajaiban , selepas melalui sebuah pembelajaran umum tentang prinsip prinsip aqidah ini aku mendapati ia adalah sesuatu yang memuaskan dan penting untuk diterbitkan selepas diterjemah oleh Dr. Ornset Reinan dan dia mengambil pandangannya tentang aqidah , Dr mengambilnya dan memulangkannya kembali selepas sehari , dan dia telah menulis seperti berikut ;

” sungguh ini adalah sebuah susunan kalam yang terbit dari kajian dan inspirasi yang mendalam , tidak syak lagi ini adalah sebuah manhaj yang telah dilakarkan oleh Muhammad saw , dan beliau telah berjaya dalam melaksanakannya , telaj terdiri di atas asas ini sebuah ummah , daulah dan kehidupan . telah ditambah pada keratan ini sebuah ruh yang moden dengan mengikatnya dengan ruh Islam . pada pendapatku , tiada kejayaan buat muslim hari ini melainkan dengan mengikuti jalan yang sama sepertimana yang telah dipraktikkan oleh Muhammad saw dan sahabat ranhum , tetapi hari ini ia nampak terlalu sukar untuk dilaksana bahkan jalannya terlalu panjang , tapi ini tidak memberi lesen duduk diam dan berlepas diri dari beramal “

Imam Al Banna telah memberi respon terhadap komentar yang dinyatakan oleh Dr Reinan dengan berkata ;

” engkau akan dapati pada pandangan mantap yang menjelaskan aqidah Ikhwan ini beberapa perkara antaranya ,

1. ia adalah berasal daripada manhaj yang digariskan oleh Muhammad saw , ia adalah hasil analisis Quran , sunnah dan ruh Islam yang sahih

2. ini adalah manhaj yang membolehkan Muhammad saw membangun agama , ummah dan daulah

3. tiada kejayaan buat Muslim hari ini melainkan dengan mengikuti manhaj ini yang telah dilalui Muhammad saw dan sahabat ranhum , ini telah dibuktikan oleh Muhammad saw dan banyak peristiwa . kemenangan adalah hasil daripada dua faktor , akhlak dan iman . jika hilang keduanya maka hilanglah segalanya , jika kita kembali kepada keduanya maka akan pulanglah kepada kita segalanya . maka akan musnahlah kekuatan kezaliman apabila berhadapan dengan akhlak yang terpuji dan iman serta keyakinan

4. Realisasikan manhaj ini ke atas realiti yang dihadapi Muslimin hari ini 

5. ini tidaklah bermaksud berlepas diri dari amal , kita tidak sesekali merasai ujian kecuali dengan terus bersemangat dan tidak akan membebankan kita kecuali optimis berterusan pada jalan jihad . bahkan kita telah membaca firmannya ” sesungguhnya tidak akan berputuskan asa dari Allah kecuali kaum yang kafir “

kembali kepada tajuk ;
sungguh inilah dia keadaan dan situasi ketika tertulisnya risalah dakwatuna , antara yang awal ditulis ketika dakwah bermula di Kaherah adalah ; risalah dakwatuna , nahwu an nur , ila ayyu syai’in nad’u annas , ila asy syabab kemudian risalah manhaj at ta’alim

sumber : portal rasmi ust Muhammad Hamed Eliwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: