SMHE : Di Bawah Naungan Risalah Dakwatuna siri 3/6

Hakikat Dakwah Kita ;

Imam al Banna menyebut , ” kita suka untuk memberitahu kaum kita (seluruh muslimin adalah kaum kita) sesungguhnya dakwah kita adalah dakwah jelas dan adil , dengan keadilan ini maka telah tewas siapa yang berkepentingan peribadi , telah hancur materialisme , telah ditinggalkan hawa nafsu dan harta . ia terkehadapan di sebuah jalan kebenaran yang dilakar oleh Allah swt terhadap para da’ie ” katakanlah ini jalanku , aku menyeru kepada Allah dengan segenap kejelasan , aku dan orang orang yang mengikutiku , Maha Suci Allah dan aku bukanlah dalam kalangan orang yang musyriq ” kita tidak meminta minta apapun dari manusia di sekeliling kita , tidak harta dan tidak juga hadiah , tidak juga sebarang pangkat kemuliaan , bahkan terima kasih dan penghargaan , kesemua balasan itu tidak ingin kami perolehi kecuali dari tuhan kami “

mereka yang cenderung kepada kita tanpa kesedaran dan kefahaman , akan menjadi orang yang juah daripada kita pada sesuatu masa . kerana mereka beranggapan bahawa dengan dakwah , mereka akan mendapat manfaat peribadi dan harta benda , ataupun mereka itu hanya wala’ kepada individu individu dan berkepentingan , hakikatnya ia bukan seperti itu . Imam al Banna telah menggambarkannya dengan menyebut ” kami adalah orang yang tidak bernama (terkenal) , tidak pula berharta kaya raya , kami berkehendak kepada pengorbanan dengan siapa yang bersama kami dan mengupayakan apa yang ada di tangan kami , tibalah kepada kami dengan pasti keredhaan Allah swt dan Dia adalah sebaik baik penolong dan sebaik baik pelindung “

mereka yang lari dari kita juga , ada yang lari tanpa sebarang kesedaran dan kefahaman mengapa lari dari kita ? mereka tidak mengetahui hakikat dakwah kita dan kalam kalam kita yang ikhlas , mereka berbicara tentang kita dengan segala syak wasangka dan hanya mengenali kita secara samar samar . kita katakan kepada mereka : jadikan kamu sebagaimana yang kamu kehendaki dengan syarat kamu memahami mengapa kamu cenderung ke arah itu ? dan mengapa mereka melarikan diri ? kami tidak menuntut selain dari itu

Syed Qutb menyebut ; ” jahiliyah yang pertama adalah berbentuk kejantanan dan kemuliaan , hari ini jahiliyah berupa pengecut dan pencairan . oleh itu , manusia ini seperti logam , terpilihnya mereka ketika jahiliyah maka terpilihlah juga ketika Islam jika mereka faham . keyakinan adalah titik tolak seorang insan untuk bertemu dengan hak dan mengetahui arah yang dituju “

sungguh orang yang cari , bertangguh tangguh dan ambil mudah , mereka tidak berusaha mencari kebenaran malah tidak menginginkannya . Imam al Banna menyebut , ” kelalaian dan sambil lewa , jiwa yang lemah , alpa dan buta . kemudian mengikut sentimen , mereka ini bukanlah berada dalam jalan orang yang beriman “

maka ruh prihatin dan berhemah inilah yang ingin membangkitkan jiwa untuk beramal , ia berupa sebuah emosi perjuangan yang teguh , sebuah idea Imam al Banna , ia menuntut sejumlah amal pada penfokusan dan amal perluasan

Tuntutan tuntutan Dakwah Kita

Amal penfokusan : ia bermaksud memberi kesedaran dengan sepenuh kejelasan , tentang prinsip dan nilai nilai yang mulia . ia wajib dilakukan dengan berfokus , jelas , jauh dari sebarang kesamaran

Amal perluasan : ia beroperasi dengan membuka mata mereka yang dilanda masalah , supaya mereka menyedari kerosakan yang berlaku di sekeliling mereka ” Allah lebih mengetahui sebagaimana dia mensyari’atkan risalahnya ” al An’aam : 124 . bukanlah semata mata kejelasan risalah ini dan huraiannya , penting juga untuk menyedarkan masyarakat yang akan menjadi subjek kepada risalah ini , di samping fokus kita untuk menjamin kejelasan fikrah pada pekerja kita , kita juga ingin membentuk sebuah masyarakat yang bersedia menerimanya

Maka dengan itu ketika Allah swt menurunkan sebuah risalah khatimah ke atas masyarakat Arab , mereka dikira masyarakat terbaik yang terpilih ketika itu di atas bumi , mereka dipersiapkan untuk menerimanya , jauh daripada sebarang falsafah lama dan agama agama keberhalaan serta cengkaman kekuasaan negara dan penguasa , masyarakat ini bangga terhadap ruh Arab , mereka tidak terkesan dengan keberhalaan Rom tidak juga agama Nasara malah Yahudi , mereka berada di tengah tengah padang pasir , hidup di sebuah suasana kehidupan yang kasar , fikiran mereka bebas dan jiwa mereka suci , Syed Qutb menyatakan hal ini dengan menyebut , ” ia telah menutup daya berfikir manusia , iaitu keberhalaan dan hidup tanpa tuhan dan aqidah falsafah yang memenuhi akal , sebaliknya Arab telah bersedia untuk menerima risalah kerana tabiat mereka yang jauh dari segala gangguan yang disebutkan tadi “

Imam al Banna sentiasa teliti dalam memberi fikrah , menerangkannya dan menghuraikan , di samping teliti juga untuk menyediakan masyarakat yang mampu menerimanya dengan membangkitkan sebuah ruh yang terselamat dari sebarang sikap sambil lewa dan tidak ambil kisah , setiap orang mesti mengetahui mengapa dia beramal dan mengapa dia cenderung kepada sesuatu dan mengapa dia lari dari sesuatu . Islam adalah sebuah deen untuk seluruh manusia

Imam al Banna menghuraikan golongan al mutaraddid (ragu ragu) : mereka masih belum mendapat kejelasan tentang al haq , mereka belum memahami kata kata kita yang ikhlas dan berfaedah , mereka berupa golongan yang berdiam diri , bertangguh dan ragu ragu . golongan sebegini kita tinggalkan dan menasihatinya agar kerap berhubung dengan kita , bacalah tentang kita baik dari jauh atau dekat , membelek penulisan penulisan kami dan fokus kepada pergerakan kami , berkenalan dengan ikhwan , maka mereka selepas itu akan menjadi tenang dengan kita dengan izin Allah , itulah dia pengurusan golongan yang ragu ragu seperti yang kita lihat pada pengikut nabi-nabi as “

tentang golongan mutahamil (prejudis) pula , ” mereka ini akan sentiasa kita sayangi dan mengharapkan kecenderungan mereka terhadap kita dan tunduknya di bawah dakwah kita . kita berpegang kepada syi’ar yang telah disebutkan oleh nabi saw ; Allahumma ampunkan kaumku sesungguhnya mereka tidak tahu “

ia adalah sebuah semboyan ruh serius dan sensitif dengan tanggungjawab , seterusnya meninggalkan kelalaian , alpa , leka , buta dan mengikut sentimen

oleh itu , adalah penting bagi para da’ie untuk menyediakan jiwa jiwa ummah untuk menghadapi gangguan luaran di sekeliling mereka sehinggalah bersedia untuk menerima risalah ini dan bersama sama melaksanakan tanggungjawabnya yang tidak ternilai itu

Risalah ini sangat berharga , ia tidak ternilai , baik dari sudut penfokusan mahupun perluasan , penglibatan dan penyaksian terhadap keadaan yang telah merosakkan manusia dengan kaca mata dakwatuna , merealisasikan kemuliaan insan yang telah dijanjikan Allah swt , dengan melaksanakan keadilan dan bertarung darah menuntut ummah untuk menghayati risalah ini supaya dengan itu mereka memahaminya dan melaksanakannya . oleh itu bagaimana cara untuk menyempurnakan ia ? iaitu dengan membisikkan pada jiwa ummah betapa sengsaranya apa yang sedang menyelubungi mereka

seperti yang dinukilkan Syaikh Houdat Saeed dalam bukunya Amal ; Kemampuan dan Kemahuan , ” ia adalah sebuah ilmu pakar , cangguh , ilmiah dan terlatih . ia menyediakan jiwa ummah dan menyedarkan ia tentang bahaya bahaya yang sedang menyelubungi mereka “

inilah dia ruh yang difokuskan oleh risalah dakwatuna , inilah yang dimaksudkan Imam al Banna dengan ruh berhemah dan ruh istinfar (beramal)

Syarat syarat Pelaksanaan Tanggungjawab Ini Terhadap Ummah

Setiap pelaksanaan terikat dengan syarat syarat untuk menjayakannya , beberapa ikatan telah digariskan untuk menyepurnakan amal yang besar ini ;

1. Melaksanakan Tanggungjawab Tanpa Bergantung kepada Sebarang Imbalan

sabda Rasul saw , ” laksanakanlah tanggungjawab , dan mintalah balasannya dari Allah untuk kamu ” , laksanakanlah  kewajiban yang telah dipertanggungjawab ke atasmu terlebih dahulu iaitu memusnahkan kezaliman walaupun engkau tidak mendapat apa apa faedah daripadanya , walaupun engkau kehilangan semua kepentingan dunia

Imam Muhammad Abduh telah menyusun sebuah kalam yang penting apabila menafsirkan sabda Nya pada ayat ” kamu semua telah menjadi ummah yang terbaik yang dibangkitkan kepada sekalian manusia ” Ali al Imraan : 110 , antara tanggungjawab ummah ini adalah memusnahkan tangan tangan yang zalim , zalim adalah seteruk teruk kemungkaran , dan keadilan adalah semulia mulia ma’ruf . ini adalah kewajiban sebuah ummah , tanpa melihat kepada sebarang timbal balik yang berupa manfaat , harta harta dan sebaginya . sebagaimana yang disebut Imam al Banna di risalah yang lain , ” amal dilakukan pertama sekali kerana melangsaikan tanggungjawab , kemudian barulah mengambil manfaat dari amal amal ini . amal ini terlah menghapuskan dosa dan mengaut pahala bilamana menepati syarat syaratnya , sebaliknya faedah faedah adalah urusan Allah bergantung kepada penilaian Nya

Maka melaksanakan kewajiban tanpa mengharap kepada sebarang balasan adalah syarat terpenting untuk sebuah amal , untuk menjayakan seterusnya melestarikan capaian capaian dakwah agar dakwah bernafas panjang . ia adalah sebuah tuntutan yang sukar . boleh jadi kelemahan amal Islami moden hari ini yang dihuraikan Imam al Banna sebagai mengislahkan kerajaan sebelum masyarakat , ini bermaksud mencapai objektif sebelum mempersiapkan alat alat untuk mencapai objektif , dalam sebuah tajuk yang lain , Di atas Jalan Kebangkitan beliau juga menyebut ” di sana adanya segelintir orang yang tidak merasakan mereka tidak berpengalaman dalam menghadapi ujian ujian , mereka tergesa gesa untuk mencapai objektif sebelum menyiapkan alat untuk mencapainya dan berpuas hati dengan hasil untuk dibawa pulang , mereka inilah golongan yang telah menjauh masyarakat dari mereka , telah hilang dari mereka pimpinan yang bersemangat , hilang sikap berkorban mereka “

Imam al Banna kerap mengulangi kata katanya untuk menyampaikan perkara ini , sungguh kita perlu melangsaikan kewajiban kita terlebih dahulu samaada kita peroleh imbalan mahupun tidak , ia tidak bertentangan dengan teori feqh aqibah (imbalan) , walaubagaimanapun adalah sebuah keperluan untuk kita sentiasa bermuhasabah pada setiap wasilah yang digunakan untuk mencapai objektif jika objektif yang digariskan tidak diperolehi pada masa yang kita anggarkan , pasti ada beberapa kecacatan pada wasilah dan jangan sesekali membuang asas asas yang suci pada dakwah kita

” dan ketika mereka melakukan maksiat mereka berkata kami mendapati orang orang sebelum kami berkata Allah telah memerintahkan kami dengannya , katakanlah bahawa Allah tidak sesekali menyuruh kepada maksiat . mengapakah engkau mengatakan terhadap Allah sesuatu yang engkau tidak ketahui ? ” al Aaraf : 28

mereka telah meletakkan kesalahan kepada kehendak Allah , ini adalah suatu perkara yang sangat bahaya . kita perlu terus bekerja dan melaksana , kerana kita tidak tahu bila dan bagaimana kejayaan itu akan tiba . ini adalah kefahaman yang salah kerana hilang padanya feqh aqibah , ini sangat penting untuk memelihara amal yang sedang kita laksanakan ” beramallah , Allah akan melihat amal kamu , rasul Nya dan orang orang yang beriman ” at Taubah : 105 , dan di dalam sebuah hadith qudsi , ” wahai hambaku aku akan mengira amal amalmu untukmu , siapa yang bersungguh melakukan kebaikan dan bersyukur kepada Allah dan siapa yang melakukan kejahatan mereka akan merasai akibatnya “

 kembali sekali lagi terhadap apa yang telah kita katakan , tidak perlu untuk ternanti nanti sebarang timbal balik , tidak melihat faedah faedah , tidak bermaksud mengabaikan feqh aqibah dan terus melihat kepada kesan kesannya , inilah yang dimaksudkan oleh ” ataupun jika kami tunjukkan kepada engkau sebahagian yang telah kami sediakan untuk mereka , ataupun kami mematikanmu ” Yunus : 46 , kerana boleh jadi kita melihat hasil hasil atau tidak melihatnya , tetapi janji Allah tetap bersama orang yang beriman dan beramal soleh ” Allah telah berjanji kepada orang yang beriman dan beramal soleh dengan menjadikan mereka khalifah di muka bumi sepertimana yang telah dijadikan khalifah orang orang sebelum kamu dan Dia akan menjayakan agamanya yang telah Dia redhai untukmu dan dia menggantikan kami dengan sebuah ketenangan sesudah ketakutan ” an Nur : 55 , inilah janji Allah swt terhadap ummah Muhammad saw , kita mendahulukan maslahat umum berbanding maslahat individu

kerana engkau sedang melangsaikan kewajiban , ia memberi manfaat kepada manusia di sekitarmu . inilah nilai ithar dan pengorbanan serta beramal hanya kepada Allah . kerana kalaulah kita tidak menikmati kejayaan maka mereka akan menikmatinya , inilah sebaik baik balasan yang kita tuntut iaiti kematian di bawah naungan keberkatan Islam , kemuliaannya , membangkit masyarakat , izzah ummah

untuk itu , Syed Qutb ketika ditanya tentang capaian dakwah , apa yang membuat engkau untuk menerima amanah memimpin tanzim sedangkan engkau berada di luar penjara , kesihatan engkau tidak membolehkan engkau untuk bertindak begitu , tindakan ini membelakangi perundangan sedang engkau merupakan golongan elit dan mereka adalah pemuda pemuda biasa , ” aku mengetahui apa yang aku lakukan ini memang membelakangi semua perundangan di dunia , tetapi inilah dia kewajiban beragama yang aku faham tentang Islam dan ia adalah hasil munajat antara aku dan tuhanku . aku begitu terkesan dengan amanah ini , aku merasa terlalu sayang kepada diriku dan orang orang di sekitarku , ke atas ummatku . ini telah membuatku bangkitkan jiwaku dengan segala kekuatan untuk melangsaikan tugas ini , walau apapun caranya dan tebusannya , aku tahu ia akan memberati hidupku . inilah dia ujian yang tidak terdapat pada selainnya , hasil dan imbalan itu aku serahkan kepada orang selainku , tetapi sekarang ini aku nikmati apa yang tersedia aku miliki “

Imam al Banna menyebut dalam risalah Adakah Kita Kaum yang Bekerja , ” jika usaha kita tidak membawa kepada sebarang kejayaan maka generasi selepas kita akan melaksanakannya sehingga berjaya insyallah “

inilah dia feqh aqibah yang mengajak kita untuk melihat kepada tuntutan dan kewajiban dan melupakan imbalan , inilah syarat untuk menjayakan sebuah amal sehingga ia dapat bernafas panjang

2. Membangkitkan Kemahuan

seterusnya adalah membangkitkan kemahuan , ia tidak terlaksana kecuali dengan menfokuskan kepada contoh teladan yang baik , kejelasannya dan kemampanannya untuk terus kekal , keahliannya dan kemampuannya untuk mengislah manusia , kerana kemahuan tidak akan bangkit kecuali dengan menfokuskan pembinaan contoh teladan yang baik , contoh yang akan menjadi kayu ukur pada masa yang sama . iman tidak akan bangkit kecuali selepas memunculkan ia di tengah tengah manusia

sumber : portal rasmi ust Muhammad Hamed Eliwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: