Nasyid : Mesir Islamiyah

 
مصر اسلاميه مصر اسلاميه
Mesir untuk Islam (2x)
 
قولو للعالم مصر اسلاميه
 Katakan kepada alam Mesir untuk Islam
 
لا علمانيه لا علمانيه
Tiada tempat untuk sekular (2x)
 
قولو للعالم مصر اسلاميه
Katakan kepada alam Mesir untuk Islam
 
النا الشرعيه صاحت الاسودي النا الشرعيه
Syar’iyyah (legitimasi) merupakan hak kami, telah bangkit singa-singa (simbol thabat dan berani), Syar’iyyah (legitimasi) merupakan hak kami
 
بالعدويه بالعدويه وفت العهودي بالعدويه
Di adawiyyah (rabi’ah) (2x), janji telah kutepati di adawiyyah
 
ارجع لقصرك يا محمد مرسي ارجع لقصرك
Kembalilah semula ke istanamu wahai Mursi (2x)
 
من الله نصرك على موسى وسيسي من الله نصرك
 Pertolongan untukmu datang dari Allah, menentang Musa (Amru Musa) dan Sisi (Abdul Fattah Assisi), pertolongan untukmu datang dari Allah
 
يا مصري تحدى فلول الغدر يا مصري تحدى
Wahai rakyat Mesir, cabarlah puak-puak kudeta dan perampas kuasa yang pasti akan berambus
 
هالهجمه نصدا لعيونك مصر هالهجمه نصدا
Sesungguhnya rampasan kuasa ini akan dilumpuhkan, demi kemaslahatan Mesir rampasan kuasa ini akan dilumpuhkan
 
لا حكم العسكر بدنا ببلادي لا حكم العسكر
Tiada tempat untuk kudeta di Negara ini, tiada tempat untuk kudeta
 
الله اكبر بالساح ننادي الله اكبر
Allah Maha Besar! Di lapangan-lapangan kami melaungkan Allah Maha Besar!
 
Ibrahim Adham
 
Sebuah nasyid khas yang digubah selepas Abdul-Fattah As-Sisi mengumumkan ‘penggulingan Dr Muhammad Mursi’ atau coup de tat atau rampasan kuasa oleh tentera. Nasyid yang membangkitkan semangat, penuh dengan makna dan prinsip yang teguh. Ia sedikit sebanyak membuka mata dan hati kita dalam memahami latar peristiwa yang berlaku dalam krisis yang melanda Mesir pada hari ini.

Munsyid (penasyid) bernama Ibrahim Al-Ahmad yang sangat popular dan digelar ‘Munsyid Thaurah’ atau Penasyid Revolusi Arab. Beliau telah menghasilkan banyak nasyid semenjak revolusi arab pada 2011. Nasyid-nasyidnya bekisar tentang revolusi arab secara am dan khas untuk beberapa buah negara seperti Mesir, Syria dan Palestin.

Beliau merupakan anggota kumpulan Al-Wa’ad, sebuah kumpulan yang popular sehingga kini dengan nasyid-nasyid semangat dan jihad yang mengangkat isu Palestin dan perjuangan Hamas. Selepas tercetusnya revolusi Syria, beliau bersama beberapa orang rakannya telah menubuhkan sebuah kumpulan nasyid yang dinamai Ghuraba Group, berfokuskan isu Syria dan revolusi rakyatnya menentang Bashar Asad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: