Feqh : Himpunan Feqh Penggunaan Facebook

1. Posting status, gambar, dan komen benda-benda yang baik dan bermanfaat sahaja. Kalau tak mahu dan tak mampu, tak payah post/komen

2. Berhati-hati dalam berkongsi dan menyebarkan amalan-amalan tertentu yang mempunyai fadhilat tertentu terutama sekali fadhilat yang dikaitkan dengan alam ghaib dan berkaitan dosa-pahala.

Semak dahulu kedudukan amalan dan fadhilat tersebut kepada ahlinya/ulama rabbani, kerana ‘Asal perkara ibadah adalah haram melainkan ada nas Quran/Hadis sohih yang memerintahkan untuk mengamalkannya’

3. Facebook ialah laman sosial. Bila disebut laman sosial, ia bukanlah tempat yang sesuai untuk penggunanya meluahkan perasaan atau mengadu masalah dan kesedihan.

Mungkin penggunanya lupa bahawa “Sesungguhnya hanya kepada Allah aku mengadukan kesedihan dan kesusahanku”

4. Sepertimana hati manusia memerlukan kepada tazkiyah (penyucian) dan muhasabah (renungan diri) dengan bekalan-bekalan rohani, akaun facebook kita juga memerlukan kepada penyucian dari segala unsur yang tidak melambangkan/mencacatkan sikap dan keperibadian seorang muslim dan mukmin.

Marilah kita sama-sama melakukan ‘pertaubatan nasional’ dengan menyemak dan menapis facebook kita sejak dari mula penubuhan akaun kita sehingga ke hari ini, mudah-mudahan akaun facebook kita bersih dari perkara-perkara dosa, maksiat dan dimurkai Allah

Dan Kitab (kitab Amal) dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: “Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya), dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (18:49)

5. Bagi pasangan yang sudah berumah tangga, disarankan agar meminimakan posting gambar-gambar ‘over mesra’ antara suami isteri. Simpan sahaja kebahagiaan kalian untuk tatapan bersama, tak perlu ditayangkan kepada orang ramai. Jika perkara ini dapat dikawal, secara tak langsung dapat menjaga hati ramai bujang seperti saya, kadang-kadang rasa tergugat juga tengok gambar pasangan ter’over mesra’ ni.

“Jika tiada rasa malu dalam diri anda, buatlah apa sahaja sesuka hati anda” (maksud hadis)

6. Sejak kebelakangan ini, budaya meng’hack’ semakin menjadi-jadi dalam kalangan pengguna facebook terutama sekali mahasiswa/mahasiswi universiti. Kadang-kadang saya pun tak faham dan tak nampak pun apa motif/tujuan mereka buat perkara ini. Mungkin ada sesetengah ‘hackers yang ‘berniat baik’ (katanya), Allah lebih Mengetahui. Tapi kalau dah tulis ‘saya comel/cute/hot’, ‘aku menanti makmumku’ dan sebagainya adakah ia dikategorikan sebagai ‘niat baik’?

Satu sahaja saya nak ingatkan, “Antara tanda kesempurnaan ISLAM seseorang itu adalah dia meninggalkan apa-apa perkara yang tidak bermanfaat baginya” (maksud hadis Nabi s.a.w)

7. Jangan menghabiskan terlalu banyak masa seharian kita dengan facebook

Jangan membazirkan waktu-waktu yang bernilai di sisi Allah dengan facebook (contoh: sepertiga akhir malam)

Jangan kerana asyik dengan facebook, kita melewatkan waktu tidur, lalu bangun lewat dan terlepas solat subuh. Kalaulah manusia mengetahui nilai waktu subuh (jika dizahirkan oleh Allah), pasti mereka akan konsisten menghadirinya di masjid walaupun dengan merangkak.

8. Jangan jadikan facebook medan untuk melabel, mencaci maki, merendah-rendahkan orang lain dan paling parah mengkafirkan orang yang tak sealiran dengan kita.

9. Tidak perlulah terlalu ‘excited’ dan gopoh menyebarkan peristiwa/kejadian aneh atau keajaiban yang dihiasi dengan nama ‘Kebesaran Allah’ melalui facebook atau laman sosial yang lain.

Adakah kita mengambil sikap memilih-milih dengan menganggap kebesaran Allah hanya terletak pada benda yang ajaib? (kalimah Allah dijumpai pada badan ikan, masjid yang tidak runtuh lepas tsunami dsb)

Bukankah Al-Quran mengandungi 6236 ayat? dan semua ayat menandakan kebesaran Allah, contohnya firman Allah dalam surah az-zariyat, ‘dan pada kejadian manusia, tidakkah manusia melihat dan meneliti?’

Ingat ye, agama islam tidak tersebar dan tertegak dengan benda-benda magik!

10. Pergaulan bebas bukan hanya berlaku di alam nyata, ia lebih dahsyat dan lebih mencabar di alam maya. Usahalah sebaik mungkin untuk menghindari pergaulan bebas di alam maya.

Jangan ingat khalwat hanya berlaku apabila lelaki dan wanita berdua-duaan di taman/tepi tasik sahaja! Khalwat juga boleh berlaku apabila lelaki dan wanita yang bukan mahram berchatting di alam maya berjam-jam, tanpa sebab yang munasabah.

“Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melainkan SYAITAN akan ada bersama mereka” (mafhum hadis)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: