Sejarah : Agar Palestin Tidak Menjadi Andalus yang Seterusnya

oleh Dr Ragheb Sarjani , pengasas islamstory.com

satu persoalan yg penting tentang sejarah Islam Andalus : mengapa Islam hilang secara total dari negeri Andalus ?

negeri Andalus (Sepanyol dan Portugal) adalah antara negera paling sedikit bilangan Muslim . sekitar 100,000 orang sahaja , lebih sedikit dari jumlah Muslim di sebuah bandar di Amerika

di Dallas , Amerika jumlah Muslim di sana mencecah 100,000 Muslim sedangkan ia tidak pernah diperintah oleh Islam berbanding Andalus yang pernah diperintah 8 kurun oleh Islam . satu logik yang sangat pelik dan sukar diterima

dari sinilah timbul persoalan : mengapa Islam di Andalus hilang dengan total ? berbeza dengan negara Islam yang lain yang juga berada di bawah kuasa imperialis salib . contohnya negara negara Jaza’ir yang dijajah 130 tahun , Mesir selama 70 tahun , Palestin selama 200 tahun ketika penjajahan tentera Salib dan negara negara Islam yang lain . meskipun begitu , tidak hilang Muslim dan masih kekal sehingga hari ini

untuk menjawab persoalan ini , pertama sekali kita perlu lihat apa yang telah dilakukan oleh kuasa imperialis Sepanyol di Andalus . sesungguhnya apa yang dilakukan mereka ialah ‘penjajahan’ dan ‘penukaran’ , mereka masuk ke Andalus dan membunuh semua Muslim yang ada ketika perang dan menghalau mereka keluar dari Andalus . kemudian membawa masuk bangsa Nasrani dari pelbagai negara menggantikan Muslimin yang telah meninggalkan Andalus. oleh sebab itu maka hilang Muslim dari Andalus

maka mereka telah memerintah dan menetap di Andalus , berbeza dengan apa yang berlaku di negara Islam yang lain yang juga dijajah . penjajahan yang berlaku di negara Islam selain Andalus , adalah perang menghadapi tentera bukan penduduknya . maka hasil dari penjajahan itu adalah hilangnya tentera yang menjaga negara

maka telah jelas melalui analisa analisa tadi , bahawa apa yang telah berlaku di Andalus tidak berlaku pada mana mana negara Islam baik pada sejarah yang lalu mahupun hari ini melainkan pada sebuah negara , iaitu Palestin !!

AGAR PALESTIN TIDAK MENJADI ANDALUS YANG SETERUSNYA

sesungguhnya apa yang berlaku di Palestin adalah sebuah perancangan membina Andalus yang seterusnya , melalui apa yang dilakukan oleh Yahudi dengan membawa bangsa mereka ke tanah Palestin dan terus menerus melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin kemudian menghalau mereka keluar dari tanah mereka tanpa jaminan untuk kembali . semua itu bertujuan merampas tanah Palestin oleh Yahudi

hari ini kita telah melupakan peristiwa ini , kita telah melupakan bahawa Palestin adalah milik kita dan kita berasal darinya . demi Allah aku takuti hakikat ini ! aku takut kita akan lupa akan Palestin seperti kita pernah melupai Andalus , Muslimin telah meninggalkannya dan berhijrah ke negara negara yang lain sehinggalah berlalu 500 tahun kejatuhannya . siapa yang benar benar terfikir untuk membebaskannya kembali ? mengembalikannya kepada Islam ?

dan isu Palestin ini adalah isu besar menyerupai peristiwa Andalus , lihatlah penjanjian damai 1992 antara Yahudi dan bangsa Palestin , dan lihatlah mana mana perjanjian pembebasan di seluruh sejarah bangsa , perjanjian itu dibuat di salah satu bandar Andalus , Madrid !! Negosiasi perdamaian ini dilakukan manifestasi kepada kejatuhan Andalus !

selepas perjanjian ini telah diadakan satu sambutan . jalan jalan di Madrid dipenuhi dengan perayaan , festival menyambut kekalahan Muslimin dan kemenangan tentera Salib di Andalus selepas 500 tahun . seakan akan mereka menyatakan : inilah dia , tarikh Andalus sedang berulang di Palestin . tiada lagi penentangan jihad , tiada lagi perang , tiada lagi perdebatan , perbincangan , Andalus yang baru akan terbina !

BELAJARLAH DARI SEJARAH

maka maklumlah , bahawa sejarah Andalus bukanlah sejarah khusus untuk bangsa Andalus . dan ia bukanlah sejarah untuk masa yang lalu untuk diingati dan hanya dipelajari dalam silibus . sesungguhnya ia terjadi sebagai pengajaran dan ibrah , seperti yang dinyatakan dalam surah Al a’araf : 176

” ceritakanlah kisah itu kepada mereka supaya mereka berfikir “

juga dalam suruh yusuf : 111

” sesungguhnya pada kisah mereka itu pengajaran untuk ulul albab “

maka tanggungjawab yang perlu kita lakukan sekarang adalah , perhatikan sejarah Andalus dengan kaca mata Palestin , Iraq , Afghanistan , Syishan , Kosovo , Kasymir dan lain lain . dan perhatikanlah apa peranan kita agar Palestin tidak menjadi Andalus yang seterusnya

juga , amanatlah apa peranan kita dalam kehidupan . lakukanlah peranan itu dengan baik , dengan terbaik ! inilah yang telah mengubah dan akan mengubah sejarah seperti yang telah digambarkan dalam sejarah Andalus , dan sejarah tamadun Islam amnya

dan ketahulah bahawa setiap dari kta adalah benteng yang penting untuk Islam . maka kuatkanlah dirimu , binalah masyarakatmu dan janganlah memberi Islam sesuatu yang buruk yang akan mencacatkan keagungan Islam yang telah dijanjkan

Annur : 55

” Allah telah berjanji kepada orang yang beriman dan beramal soleh untuk dijadikan khalifah di bumi seperti mana Allah menjadikan khalifah orang orang sebelum kamu .. “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: