SMHE : Tarbiyah ke Arah Kebangkitan 2/4

oleh Dr Muhyi Hamed , ahli Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin

Asas Asas Jamaah

Setiap Jamaah yang digerakkan harus punyai asas asas yang membantunya untuk terus tergerak dengan binaan yang sejahtera dan sahih , supaya ia tidak hancur dan terbantut dan agar ia mampu menghadapi pelbagai situasi , bahaya dan badai dakwah yang berbahaya

Oleh itu , Jamaah Islamiyah terdiri daripada asas asas Islam yang asli , ia berasal daripada jamaah yang terawal pada zaman Nabi Muhammad s.a.w . ia berpandukan kepada kriteria ibadah dan aqidah yang sahih . dari sinilah terbentuknya asas asas untuk membangun Jamaah Ikhwan Muslimin merangkumi pembinaan peribadi dengan fokus aqidah , akhlak dan suluk . juga merangkumi pembinaan organisasi dengan ikatannya yang asas iaitu ukhuwah , thiqah dan taat

Pertama : Pembinaan Peribadi

Ini adalah asas pembinaan yang terpenting dalam polisi jamaah , kerana ia fokus pada sisi aqidah , akhlak dan suluk . Jika hilang pembinaan ini dari jamaah , maka tidaklah dikira ia sebagai jamaah . binaan ini terbahagi kepada dua bahagian ;

1. Pembinaan Aqidah dan Kepercayaan

Ia adalah perkara terpenting dalam sebuah Pembinaan Jamaah . Dengan Iman , ia membenarkan dengan hati terhadap Allah dan Rasulnya , tanpa sebarang syak dan keraguan . Ia menghadirkan ketenangan yang ampuh , keyakinan yang tidak mampu diganggu gugat dan tidak akan berubah . Inilah yang telah membuahkan jihad dengan harta dan jiwa pada jalan Allah .

Firman Allah “Orang orang mu’min yang beriman dengan Allah dan Rasulnya kemudian tiada ragu ragu dan lantas berjihad dengan hartanya dan jiwanya pada jalan Allah , mereka inilah orang orang yang benar”

Hakikatnya aqidahlah yang mengesani dan menjamin keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan jamaah ini khususnya

antara kepentingannya ;

– memudahkan kita untuk berprinsip dengan sesuatu yang thabit , agar kita tidak ragu ragu atas setiap tindakan , dan tidak kucar kacir perancangan

– ketika jamaah menghadapi masa gentingnya , ujian dan kesukaran , aqidah dan keyakinan inilah yang akan menyelamatkannya kerana ia terhubung dengan Allah yang tidak lemah dan mereka sentiasa tenang dan gagah

– aqidah adalah asas pada setiap perkataan dan amal , setiap tindakan yang dibuat tanpa asas aqidah maka ia akan cenderung dan terdedah kepada kegagalan dan kehancuran . Firman Allah “Apakah mereka yang membina binaan atas dasar taqwa terhadap Allah dan redhanya lebih baik , ataupun mereka yang membina binaan di atas tepi jurang yang runtuh maka ia turut runtuh dan jatuh ke neraka jahannam . Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang zalim ” at Taubah : 109

– hidup dalam ketenangan urusan dan jiwa , hati yang redha , keluasan hati yang membahagiakan kerana dia hidup di bawah penjagaan Allah

– membentuk dan membimbing rijal pada setiap masa dan peristiwa , mereka mempertahankan kemuliaan mereka dan keislaman mereka mereka membenarkan kepercayaan ini di dalam hati hati mereka dan berjihad di jalan Allah dan tidak pernah gentar kepada sesiapa

– ia adalah sebuah manifestasi jiwa yang sejahtera , akhlak yang mulia . Rasul s.a.w bersabda “wahai sekalian manusia , katakanlah Laa ilaaha Illa Allah maka kamu akan berjaya”

2. Pembinaan Akhlak dan Suluk

Akhlak ialah manifestasi makna dan sifat yang membekas di dalam sebuah jiwa , ia memperbaik tindakan sesorang insan ataupun sebaliknya memperburuk . Akhlak dan suluk adalah dua kriteria penting dalam membina individu dan jamaah , ia mendapat perhatian khusus dalam Islam , ia berperanan mengislah pimpinan dan masyarakat

Keselarasan antara aqidah dan suluk , dan antara perkataan dan perbuatan adalah asas kekuatan setiap jamaah dan sebuah nilai qudwah . jika perkataan seseorang berlawanan dengan tindakannya , masyarakat akan syak dan menghukum dirinya dan dakwah yang dikendongnya . hilangnya kemegahan manhajnya dan keberkesanannya . amalnya tidak terhubung dengan hati , ia adalah sia sia dan langsung tidak membawa kepada sebarang islah , atau tarbiyah atau kebangkitan

Akhlak adalah asas kepada tarbiyah individu mahupun jamaah , perlembagaan asas masyarakat dan negara . ia adalah asas yang wajib diterapkan ke atas seorang individu muslim sehinggalah dia menjadi batu bata yang terbaik untu menyempurnakan projek binaan islami yang besar . sepertimana sahabat r.anhum yang ditarbiyah oleh Muhammad s.a.w , mereka terbina oleh tarbiyah yang menghasilkan muslim yang sejahtera , ia seharusnya menjadi rujukan oleh setiap jamaah muslimah untuk dipraktikkan . antara asasnya adalah ; syura , jauhi permusuhan , menumpaskan kezaliman , tidak mengangkat senjata , sabar , memelihara diri , membumikan keadilan , ihsan , menyelamatkan masyarakat dari maksiat dan kezaliman serta setia kepada perjanjian dan persetujuan

dari sini , kita dapati kepentingan unsur akhlak sebagai asas Islam , asas kepada pembinaan sebuah jamaah dan pembangunannya . ia adalah keperluan asas sebuah tarbiyah yang sebenar , Islam senantiasa berusaha mendirikannya dan meralisasikannya dalam setiap tindak tanduk seorang mu’min

” Allah memerintahkan keadilan dan ihsan dan memberikan haq kepada kerabat , menghalang dari perbuatan keji , kemungkaran dan permusuhan . Dia mengingatkatmu agar kamu beringat . setialah dengan janji Allah setelah kamu berjanji dan janganlah melanggar sumpah setelah engkau berikrar sedang engkau telah menjadikan Allah sebagai saksi (perjanjian) . sungguh Allah mengetahui apa yang kamu lakukan ” an Nahl : 90-91

Inilah dia asas kepada Akhlak , inilah yang dimaksudkan sebagai pembinaan akhlak dan suluk yang perlu diterapkan oleh setiap jamaah . Sebuah jamaah tidak akan berjaya terbina kecuali selepas memberikan sepenuh perhatian kepada aspek pembinaan akhlak seperti yang disebutkan

Kedua : Pembinaan Organisasi

Ia bermaksud penggabungan yang mengikat ahli ahli di dalam sebuah jamaah , pimpinannya dan tentera tenteranya seterusnya menentukan strategi amal dan memelihara perundangan jamaah daripada rosak dan musnah , menjaga kekuatannya dan keampuhannya . antaranya ciri ciri pembinaan organisasi adalah ;

1. ukhuwah

ia adalah anugerah rabbaniyah yang Allah beri kepada orang yang ikhlas dalam kalangan hamba Nya , firman Allah ” Dialah yang telah menuntunkan padamu dan orang orang mu’min kemenangan , Dialah yang menyatukan hati hatimu , jika engkau menginfaqkan seluruh yang ada di dunia maka tidaklah akan terikat hati hatimu tetapi Allahlah yang telah mengikatnya ” al Anfaal : 63

Imam al Banna telah menyebut ” aku inginkan ukhuwah ini menghubungkan hati hati dan ruh , dengan ikatan aqidah . aqidah adalah ikatan yang terkuat dan termahal , ukhuwah sinonim dengan iman sebaliknya perpecahan adalah sinonim kepada kufur . kekuatan yang utama ; adalah kekuatan kesatuan , tiada kesatuan tanpa cinta . selemah lemah cinta ; adalah berlapang dada dan yang tertinggi adalah ithar . Firman Allah s.w.t “mereka mengutamakan (muhajirin) sebelum diri mereka walaupun mereka sendiri memerlukannya , siapa yang memelihara dirinya dari kekikiran merekalah orang yang berjaya” al Hasyr : 9

al Akh yang sodiq melihatkan akhnya lebih utama dari dirinya sendiri . kerana , jika dia tidak bersama mereka , maka dia tidak akan bersama selain dari mereka . dan mereka , dika tidak bersama dengannya maka mereka bersama dengan yang lain . serigala akan memakan biri biri yang bersendirian , mu’min dan mu’min yang lain seperti sebuah bangunan ia saling melengkapi

” orang mu’min lelaki dan perempuan , mereka menjadi pelindung antara satu sama lain ” at Taubah : 71

Ukhuwah melahirkan sebuah kekuatan iman , ia adalah emosi yang ikhlas , kecintaan dan kehormatan , saling mempercayai bersama semua yang terikat dengan aqidah tauhid dan manhaj Islam yang mulia . firman Allah s.w.t “sesungguh mu’min itu bersaudara, perbaiklah di antara saudaramu dan bertakwalah agar kamu beroleh rahmatNya” al Hujurat : 10

Kemanisan Iman tidak mungkin dirasai , kecuali mereka yang telah menikmati ukhuwah ini . Rasul s.a.w bersabda , “barangsiapa memiliki tiga keadaan ini dia akan merasai kemanisan iman ; Allah dan Rasul Nya paling dicintai mengatasi yang lain , mencintai seseorang kerana Allah , benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dicampak ke neraka”

itulah juga yang digambarkan Imam al Banna kepada Ikhwan dalam risalah Semalam dan Hari Ini “cintailah antaramu , peliharalah dengan teliti ikatan antaramu, ia adalah rahsia kekuatanmu, panji kejayaanmu, tetaplah sedemikian sehingga Allah menetapkan untuk kejayaan al Haq , Allah sebaik baik pemberi kejayaan”

2. Thiqah

Ia berupa sebuah perasaan yang sangat mendalam dalam setiap insan , ia manifestasi keimanan kepada fikrah dengan sebenar benar iman tanpa keraguan , amal tanpa sebarang syak , ke arah matlamat dan misi tanpa putus asas dan lemah semangat . ia adalah sebuah ketenangan total tentera tentera terhadap pimpinan pada operasinya , ia menghadirkan cinta , kepatuhan , kehormatan dan taat . kepimpinan adalah sebahagian daripada dakwah , tiada dakwah tanpa pimpinan . kebersamaan thiqah antara qiyadah (pimpinan) dan junud (tentera) ini telah mengukuhkan organisasi jamaah , dan melaksana strateginya , dan keberjayaannya untuk mencapai misinya , menewaskan sebuah yang menghalang dan cuba menentangnya

tidak syak lagi antara teknik yang paling berjaya digunakan musuh dakwah adalah memusnahkannya (jamaah) dari dalam ; sehinggalah ia berpecah belah dan bercerai berai . yang dimaksudkan di sini adalah hilangnya thiqah antara qiyadah dan junud . junud jika hilang thiqah pada qiyadah , maka hilanglah sebuah taat . maka tiadalah jamaah tanpa taat , oleh itu para qiyadah perlulah terdiri dari yang paling kuat , paling bertaqwa paling alim dan paling fasih . inilah tuntutan yang sukar , amat perlu sebuah sinergi antara qiyadah dan junud

thiqah pada qiyadah adalah faktor utama kejayaan dakwah . renunglah ke dalam diri dan tanyakan persoalan persoalan , hitunglah kadar thiqah anda terhadap qiyadah ;

adakah dia sanggup menyampingkan pendapatnya dan mempersetujui pendapat jamaah serta mengiktiraf ia lebih benar ketika bertentangan pada masalah ijtihadiyah ?

adakah dia bersedia untuk menyerahkan kepada dakwah untuk menentukan keputusan keputusan dalam hidupnya ? mampukah dia berpuashati dengan pertimbangan jamaah terhadap kaedah maslahah ammah dan maslahah khassah ?

persoalan persoalan ini mampu dirungkaikan dengan syarat menghubungkan hatinya dengan pimpinan dan tenang dengannya , thiqah . cukuplah Allah menguruskan hati hati ini sebagaimana yang Dia mahu . oleh itu , perlulah diperhatikan secara khusus beberapa perkara ;

i. thiqah adalah petanda ikatan ruh dan emosi

ii. jika thiqah hilang maka tiadalah taat , tiadalah pimpinan tanpa ketaatan dan tiada jamaah tanpanya

iii. musuh musuh dakwah sentiasa berusaha menanam syak wasangka dan menghilangkan thiqah dalam kalangan ahli sebuah saff jamaah . maka jamaah akan lemah untuk merealisasi misinya , lemah dan tewaslah jamaah dalam perancangannya

3. Taat

Imam al Banna telah menjelaskannya dengan menyatakan , ” aku mahukan taat dengan maksud melaksanakan arahan pada segenap situasi , susah , senang , suka atau benci ” oleh itu beliau menggariskan tiga marhalah dakwah ;

Jamaah yang berobjektifkan amal yang besar tidak mampu menjayakan misi tersebut jika qiyadah tidak diberikan haq taat selagimana ia tidak menuju ke arah maksiat . jika sebuah syura telah ditetapkan , adalah dilarang kepada mana mana ahli syura yang tidak sependapat dengan hasil syura untuk menceritakan pendapatnya dalam saff . walaupun jika terbukti selepas percubaan bahawa pandangannya adalah yang paling benar , kerana berhimpunan sebuah saff pada kebenaran lebih baik daripada berpecahnya saff pada yang lebih benar

inilah dia asas binaan yang perlu dipelihara oleh jamaah yang mulia ini dengan izin Allah dan pemeliharaan Nya ke atas dakwah ini pada setiap mehnah dan ujian yang getir yang dilalui oleh jamaah sepanjang zaman

” dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut yang bertaqwa . Merea tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa di jalan Allah , tidak patah semangat dan tidak pula menyerah . dan Allah mencintai orang yang sabar . dan tidak lain ucapan mereka hanyalah doa ; Ya Tuhan kami , ampunilah dosa dosa kami , tindakan tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami , dan bantulah kami menghadapi kaum kufar . Maka Allah memberi mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat , dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan ” ali Imraan : 146-148

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: