Category Archives: al Quran

Quran : Tadabbur vs Tafseer

Dalam mengikuti perkembangan semasa dan persoalan-persoalan yang timbul, ana berasa terpanggil untuk meluahkan pendapat dan menyatakan pendirian berdasarkan kefahaman dan juga sedikit ilmu yang pernah diperolehi tentang isu ini. Tulisan ini bertujuan untuk menjelaskan secara ringkas 2 aktiviti yang berbeza, namun sangat berkait dan dekat antara satu sama lain. Dan ana akan terangkan juga cara yang pernah ana lakukan dalam usrah serta beberapa pendalilan berkaitan tadabbur. Semoga Allah memudahkan jalan kita semua untuk menjadikan Allah sebagai ghayah kehidupan dan al-Quran sebagai dustur, juga penawar, juga penerang, serta petunjuk yang jelas kepada kita semua.

 

Sesungguhnya, telah timbul kesalahfahaman dalam masyarakat apabila telah mencampur adukkan pengertian tadabbur dan tafseer, yang akhirnya menyebabkan umat Islam hidup dalam ketakutan untuk mengambil pengajaran dan tadabburnya dari Quran khuatir dikatakan mufassir yang sesat. Dikatakan kepada kita,

 

“Kamu mentadabbur melalui terjemahannya, mengaitkannya dengan kehidupan kamu, dan kemudian mengamalkannya yakni melakukan apa yang disuruh atau meninggalkan apa yang diharamkan atau merasa takut dengan ancaman atau merasa gembira dengan nikmat. Bagaimana kamu melakukan semua ini sedangkan kamu tidak mengetahui asbab nuzul ayat, lemah dalam nahu sorof, hukum-hukum pendalilan, dan pelbagai lagi ilmu lain? Sesungguhnya takutlah kamu dengan hadis di mana Nabi saw berpesan, janganlah kamu mengatakan sesuatu tentang agama ini sesuatu yang kamu tidak ketahui! Kamu penafsir yang sesat dan aktiviti ini tidak pernah dilakukan para sohabah.”

 

Allahu… Akhi, sesungguhnya tadabbur dan tafseer mempunyai perbezaan yang sangat besar seluas lautan yang membentangi darat yang kita duduki. Tadabbur itu lebih terbuka sifatnya dan mudah berbanding tafseer yang sangat ketat dengan disiplin ilmu dan kefahaman yang tulen.

Ingin memahami al-Quran melalui dua jalan, yakni;

 

1. Kefahaman dengan zihni fahmi (akal, ilmu dan kefahaman)

2. Kefahaman dengan qalbi imani (amal, perasaan, dan hati)

 

Kefahaman dengan zihni fahmi ini memerlukan ilmu alat yang mencukupi, dan memahami pendalilan yang pelbagai supaya hasil yang didapati itu menepati segala syarat yang diletakkan sebagaimana dilakukan para mufassir agung. Tafseer itu pula berbeza disebabkan perbezaan tahap keilmuan setiap ulama. Dan ini bukanlah yang ingin kami lakukan dalam usrah atau liqo.

 

Ingin ana jelaskan dan tegaskan, sesungguhnya usrah kami tidak pernah cuba untuk melakukan perkara sedemikian yang semestinya bertentangan dengan prinsip kelimuan yang ana pegang. Bagaimana mungkin insan lemah seperti kami yang hanya mahu menjadikan Quran itu petunjuk yang terang dapat mentafseer dan kemudian mensyarahkannya kepada orang kebanyakan? Sungguh, ini tuduhan ilmiyah yang amat berat yang pastinya cabaran dari Allah untuk hambanya terus tegar di perbatasan dakwah…

 

Ana bergerak pula kepada kefahaman dengan qalbi imani, iaitu hasil dari pembacaan al-Quran, mengetahui terjemahannya, mengamalkan apa yang dijumpai dalamnya (solat, zakat, puasa), tahu maknanya, dan tidak memerlukan kepada penafseeran yang teliti, cukup dengan mengamalkannya dalam perbatasan syara’, yang menggerakkan hatinya untuk beramal, dan dibuktikan dengan perbuatan dan akhlak sehariannya…

 

Yang ana faham, kefahaman dengan qalbi imani ini adalah tujuan utama selepas membaca Quran, manakala kefahaman dengan zihni fahmi ini adalah jalan atau cara untuk kita sampai kepada tujuannya, yakni mengamalkan apa yang ada dalam Quran.

 

Tujuan kita membaca al-Quran adalah untuk mengamalkannya, mengesankannya dalam hati kita, menjadikan kita sentiasa ingat Allah dan rasul, dan berusaha menyebarkan agamaNya. Dan kefahaman ulama dari kutub tafseer itu pastinya landasan utama kita sampai, dan ianya adalah wasilah dan jalan untuk tujuan kita semua.

 

Telah berkata Imam Hasan al-Basri ra:

 

Ilmu itu dua, yakni ilmu hati yang bermanfaat untuk pengamalnya, dan yang kedua adalah ilmu lisan yang menjadi hujah Allah ke atas hambaNya.

 

Contoh Tadabbur

 

 Mari kita melihat sejenak tatkala dibacakan kepada kita firman Allah dalam surah an-Naba’:

 

(إِنَّا أَنْذَرْنَاكُمْ عَذَاباً قَرِيباً ، يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ ، وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَاباً)

(Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: “Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah”.)

 

Soalannya, adakah ayat ini terlalu sukar untuk difahami dan dirasai sehinggakan umat islam memerlukan kitab tafseer untuk memberitahu bahawasanya kiamat itu sudah dekat?

 

Sebenarnya, apa yang diperlukan daripada umat Islam adalah berhenti sejenak apabila membaca ayat ini, baca terjemahannya, menghidupkan bayangan kiamat yang dekat dalam jiwa dan hatinya, dan kemudian menghisab amal yang telah dilakukan selama ini. Dia memikirkan, apakah dia mahukan pengakhiran yang baik atau buruk, apakah buku amalnya berat dengan pahala atau dosa, dan kenapa orang kafir itu berharap dia adalah tanah?

 

Lalu dia menjadi insaf dengan segala apa yang pernah dilakukan selama ini, dan berusaha menjadi lebih baik hasil terkesan dengan ayat ini. Dan apakah ini tafseer ya akhi? Sungguh, inilah apa yang ana fahami dan amalkan sebagai TADABBUR, yakin kefahaman dengan qalbi imani, bukan zihni fahmi.

 

Ruang untuk mentadabbur ini sangat luas dalam al-Quran yang tidak memerlukan kepada penguasaan bahasa Arab seperti ulama. Antaranya adalah perihal hari kiamat (keadaannya, janji Allah, kesan), usul akhlak-akhak yang baik/buruk (perlu tafseer ke?), dan keadaan orang munafiq/kafir.

 

Ana pernah terbaca satu artikel tentang seorang jemaah masjid yang telah mentadabbur ayat Quran yang beliau dengari dari bacaan imam. Tatkala dibacakan firmanNya Ahzab ayat 7 dan 8;

 

(وَإِذْ أَخَذْنَا مِنَ النَّبِيِّينَ مِيثَاقَهُمْ وَمِنْكَ وَمِنْ نُوحٍ وَإِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَأَخَذْنَا مِنْهُمْ مِيثَاقاً غَلِيظاً * لِيَسْأَلَ الصَّادِقِينَ عَنْ صِدْقِهِمْ وَأَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَاباً أَلِيماً)

 (Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri), dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putera Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh, agar Dia menanyakan kepada orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka dan Dia menyediakan bagi orang-orang kafir siksa yang pedih.)

 

Selepas solat, seorang ahli masjid telah bangun dengan segera dan berkata;

 

 

“Wahai jemaah masjid sekalian! Takutilah Allah! Sesungguhnya para Nabi yang benar ini akan disoal tentang kebenaran yang mereka bawa selama ini! Apa yang kita semua akan jawab di hadapan Allah apabila disoal kelak sedangkan kita masih leka dengan dunia ini?”

 

Lalu menangislah para jemaah dalam masjid itu dan beliau yang mentadabbur ayat itu juga menangis. Soalannya, adakah tercela perbuatan tadabbur sebegini sehingga perlu dihentikan ya ikhwati fillah? Sesungguhnya ana yakin, tadabbur ini meningkatkan lagi keimanan kita semua…

 

Ibnu Qayyim al-Jauzi berkata: 

 

“tadabbur itu kunci untuk hati yang hidup.”

 

 

Antara penghalang utama dalam mentadabbur Quran:

 

1. Terlalu menekankan kepada aspek tajwid sehingga tidak mahu melihat langsung kepada maksud ayat.

2. Ta’sub dengan pandangan bahawasanya kita bukan ahli ilmu untuk mentadabburnya. Syubhat kononnya tadabbur hanya untuk ulama’, dan kita yang doif ini haram sama sekali mengambil ibrah tanpa basirah.

3. Dosa besar sehingga menghijab diri dari melihat dengan mata hati ayat Allah.

 

 

Pengertian tadabbur

 

Sebenarnya, terlalu banyak pengertian yang boleh kita dapati dari kitab atau kamus arab. Ana ambil pengertian ini yang mudah difahami, dan ana sendiri amalkan dalam liqo. Dan ana letakkan tajuk ini di bawah, kerana ibrah dengan apa yang ada dalam aktiviti itu, bukan pada namanya…

 

( الوقوف مع الآيات والتأمل فيها ، والتفاعل معها ؛ للانتفاع والامتثال)

“Berhenti pada ayat, fahami maknanya, berinteraksi dengan diri kita, untuk diambil manfaat serta dicontohi.”

 

 Ana yakin, tadabbur ini adalah satu aktiviti rohani yang asolah dan dibenarkan untuk diamalkan asalkan tidak melampaui batas pentafseeran sehingga menjejaskan iman dan kepercayaan kita. Ana melazimi tadabbur dalam kehidupan ana, dan kesannya sangat signifikan berbanding pada suatu masa dahulu di mana ana hanya membaca untuk dihafal atau bacaan kosong. Ketika baca itu, dengan dihadiri perasaan dan semangat untuk mencari petunjuk, seolah-olah Allah memudahkan untuk ana mencari jalan keluar dan kesulitan dan kemusykilan yang dihadapi. Alhamdulillah…

 

Namun, sebagai tuntutan keilmuan, ana mewajibkan diri ana untuk membaca tafseer-tafseer muktabar agar kefahaman yang ana rasai di hati itu selari dengan kefahaman yang digali dan dikaji para ulama. Mereka insan yang telah mewakafkan tenaga dan masa mereka untuk kepentingan umat dan ana meletakkan semua ulama dalam tempat yang khas dalam hati ana. Tidak pernah untuk meragui kebolehan mereka apatah lagi ingin menyanggah pendapat mereka. Jauh sekali diri ini bagai langit yang terpisah dari bumi malahan jauh lagi.

 

Namun, jika kita hanya membaca tafseer itu untuk mencari hukum-hukum ayat, tajiwd, tanasukh dan mansukh, istdilal, istinbat semata-mata, maka ana secara peribadi kurang mengerti di mana Quran itu akan mengesankan hati dan mengubah jiwa kita menjadi tunduk serta patuh kepada Rabbani.

 

Apa guna al-Quran ditelaah teliti tetapi akhlak keji lagi dibenci?

Apa guna lunak membaca tetapi tidak faham walau suruhan untuk berpuasa?

Apa guna hafal 30 juzuk tetapi mulut mengumpat penuh busuk?

Apa guna khatam sehari sekali tetapi dakwah hanya untuk diri?

 

Cadangan ana kepada semua umat Islam, teruskan tadabbur al-Quran. Rasai gentaran ayat itu yang bergema dengan hati antum. Terokai dengan mata hati dan keinginan untuk mencari petunjuk, sehingga melahirkan peribadi mirip akhlak mahmudah yang diinspirasi al-Quran. Sentiasa kasih dan sayang kepadaNya, zahirkan melalui kekerapan antum berkomunikasi dengan kitab agung ini. Dan pandulah kekhusyukan antum dalam tadabbur itu dengan melihat tafseer mukatabar yang saleem akidahnya dan thiqah akhaknya, sehingga akhirnya menjadikan antum mumayyiz dalam memahami kitab suci ini. Sentiasa rujuk para alim ulama, dan dengar cara mereka mengesankan Quran itu dalam kehidupan. Begitulah ana fahami sebagai belajar ilmu tafseer dan semua cabang ilmu yang lain dengan sanad yang sahih dari kibar al-ulama.

 

Sesungguhnya, ini adalah salah satu uslub yang kami gunakan dalam membawa masyarakat am(bukan para ulama) untuk dekat dengan al-Quran dan selesa untuk membacanya. Dan alhamdulillah, tadabbur ini menjadi pintu pembuka kepada insan di luar sana untuk mencari lebih lagi dari apa yang dipelajari sebelum ini. Hati mana tidak gembira, apabila melihat insan yang suatu ketika dahulu tidak mempunyai keinginan langsung untuk membaca al-Quran, berubah dan kini mencari-cari ayat al-Quran yang boleh dibaca dan diamalkan hasil dari aktiviti tadabbur yang ringkas ini. Dan ana tegas mengatakan, tadabbur itu pintu untuk membuka pintu-pintu ilmu dan merancakkan kemahuan dalam diri umat islam untuk terus mendampingi al-Quran walaupun bukan seorang penghafal atau pengkajinya secara spesifik.

 

InsyaAllah, kebiasannya al-akh/ukht yang menjadi naqib itu sudah acap kali mendengar daurah/presentation/buku berkaitan bahan yang ingin ditadaburnya supaya kefahaman kami itu berangkai dengan kefahaman para asatizah yang sudah menghadam kutub tafseer pelbagai sebelum dibawa dalam usrah/liqo. Bukankah ini juga satu talaqqi kitab sebagaimana yang kita fahami?

 

Namun, boleh jadi keterbatasan ilmu itu berlaku kerana kelemahan kami dalam menyediakan bahan berkualiti kepada mutarabbi dan kekangan waktu. Tapi percayalah ikhwah/akhawat, kami akan berusaha yang terbaik untuk membantu Muslim menjadi lebih baik dari kebiasaannya. Ana mempelawa antum yang berkepakaran dalam pelbagai cabang ilmu untuk bersama berbincang dengan kami dalam menyediakan modul tarbiah yang sohih dan kita-kita sama menginfaqkan tenaga agar agama Allah ini benar-benar mendarah daging dalam sosok peribadi seorang akh/ukt muslim. 🙂

 

Adapun kata-kata tentang tanpa sanad maka manusia akan bercakap apa sahaja yang dia suka, atau hadis di mana Nabi melarang untuk bercakap tentang al-Quran, atau peristiwa Abu Bakar yang takut untuk mengulas tentang al-Quran, maka ana ingin bertanya dua soalan lanjut:

 

1. Apakah syarah hadis atau kata-kata itu. Khitob penyampaian perlu dilihat bersesuaian dengan apa/kepada siapa/tentang apa. Mungkin hadis itu diungkapkan dalam keadaan yang boleh merosakkan iman atau amalan jika diteruskan. WA

 

2. Kesahihan hadis itu. Metodologi ana dalam pencarian ilmu adalah kesahihan matan/sanad. InsyaAllah, jika benar kata-kata itu dengan cara pengamalan tadabbur ana sekarang dilarang, maka ana akan terus tinggalkan.

 

Beginilah jawapan ana kepada pencari jawapan dan ingin mentadabbur dengan bahasa yang mudah dan dalam kemampuan ana. Ana sentiasa menitik beratkan amalan seharian yang ana harap dapat dijadikan sebagai penambah amalan, dan teguran dari rakan-rakan yang bertanyakan tentang tadabbur ini ana anggap sebagai peluang terbaik untuk ana refleksi diri dan koreksi agar sentiasa terjaga amal dan peribadi.

 

Ana mohon jika ada sebarang komentar atau ketidaksetujuan, maka bolehlah komen atau PM ana sendiri. Ana masih belajar, dan tidak akan berhenti belajar. Jika benar tadabbur ini salah dengan akidah ASWJ, mendekatkan diri kepada Muktazilah, tidak asolah, hanya mengambil zohir ayat, atau apa-apa lagi tuduhan itu, maka ana yang pertama sekali akan membanteras kegiatan ini dari muka bumi dan pastikan umat Islam sentiasa dalam keadaan yang sihat rohani dan jasmani.

 

🙂

 

الهم اجعل القران العظيم ربيع قلوبنا ونور صدورنا وجلاء احزاننا وذهاب احزاننا وذكرنا منه ما نسينا امين يا رب العرش العظيم

 

Rujukan:

1. Bersama Memartabatkan Tuntutan al-Quran: Shaykh Ibraheem Al-Deeb

2. Khawatir Quraniyah: al-Akh Amru Kholed

 

http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?p=1947290

http://www.almoslim.net/spfiles/tadabbur/paper4.htm

http://www.saaid.net/mktarat/ramadan/481.htm

http://moysar.com/tadbor.php

 

 

Quran : al kahf – sequel 2

sambung sedikit ayat 1…

 

” dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong) ” (kahf :1)

 

 

pada ana ini satu permulaan surah yg sangat cantik la.. seperti juga dlm surah (2:2)..

“Kitab Al-Qur’an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya);”

yang mana biasanye maklumlah macam orang baru nak start engine.. nk bace buku.. nk pilih buku yg mane.. masuk library byk giler pilihan.. berderet2… manusia ni banyak persoalan2 yang timbul.. kate orang curiosity.. banyak tanye.. ini buku ape ni?? knape nk bace ni?? ape yg ade dlm ni??

lalu allah menutup persoalan2 ini dgn satu ungkapan di awal2 lagi..  yg sgt direct.. menyelesaikan terus persoalan2 yang bermain di fikiran manusia “buku ini tidak ada sebarang syak padanya”.. buku ini bukan macam buku cerita naruto.. yang ade shadow clone.. rasegan ape bagai.. yg sgt BENGKOK  bukan juga spt buku sains dan physics dimana ia hanyalah THEORY semata2 dan berubah2 apabila satu penemuan baru yang dibuat.. bukan juga seperti buku bible yang da version yg ke berapa ntah..  ia adalah satu buku yang EMMMPHH.. SOLID.. inilah REALITY , TIADA KEBENGKOKAN dan inilah ape yg berlaku in the past ,sekarang, dan in the future..

jadi manusia tidak perlu nak bingung2 ttg ape yg diceritakan.. just hayati cerita dan amati ibrahnyer betul2..

Image

okay then.. knape begitu penting untuk allah memelihara kelurusan al quran.. seperti yang kita tahu… tiada syak dan kebengkokan padanya…??
theres must be a catch.. spt yang kita tahu.. quran ini sgt dipelihara.. jgn nak perasan sgt la manusia yang memelihara al quran.. quran ini dipelihara oleh allah sendiri okay.. (hijr : 9)

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang Memelihara dan Menjaganya.”

back to the topic, 3 sebab nye dipelihara al quran adalah spt dlm ayat yang berikutnya.. :

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pembimbing yang ‘qayyim’ (berdiri dgn lurus), untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang ‘syadid’ (pedih) dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang ‘mukminin’ yang mengerjakan amal-amal soleh.. ” (kahf : 2)

pertamanya adalah untuk ape??

1) menjadi pembimbing yang ‘qayyim’ yang dlm bhasa arab nyer berasal dri perkataan ‘qa ma’ yang bermaksud berdiri.. kalau kita manusia berdiri pakai ape??

pakai kaki en.. apabila ditarik sebelah kaki kita.. we start to lose our balance.. tgk  lah time nk bwat exercise kaki angkat seblah dah terhencut2.. jdi al quran ni bkan sahaja ia sendiri merupakan sumthing yang dipelihara kebedirianya.. or sumthing which been maintains but then die jge bersifat memberi kaki kpd makhluk yang tidak seimbang seperti manusia ni.. ia.. die memberi base kepada kita.. supaya kita boleh berdiri dgn lurus..
sebab ape?

2) sebab kalau kita tidak berdiri dengan betul akan ade angin yang kuat dtg menumbangkan kita jatuh tergolek-golek  di lereng bukit macam filem hindustan.. akan ade azab yang ‘syadid’.. yea.. syadid.. mcm ayat yang biase kita pakai.. perghh… syadid giler ustaz ni…

syadid ni nk express sumthing yang sgt sgt dan sgt pedih.. mmg habes.. naya la kita.. azab yg sgt sakit.. kpd semua manusia.. dan pastinya bende yang pedih ni bukan sahaja berlaku di akhirat sane.. malah berlaku di dunia.. kehilangan harta.. kehilangan ahli keluarga.. even peperangan yang sekrang ni tidak henti2 berlaku.. palestin, syria, bangladesh, dan juga malaysia (29 : 2)..

Image

3) but dont worry… allah setiap kali allah memberikan ancaman.. allah akan menunjukkan jalan keluarnya.. begitulah sifat al quran.. dia tidak hanya menunjukkan benang merah.. die jugak menunjukkan benang putih.. allah memberi guidance kepada kita sangat jelas.. hok ni ikut.. hok nih jgn ikut.. hok nih syurga… hok nih neraka..

so allah ckp.. berita gembira kepada mereka yang ‘mukminin’… orang yang beriman.. tetapi kita masih lgi ingat.. ttg angin yang kuat. tadi.. angin tadi begitu syadid dan kuat giler…  kita tidak cukup dengan menjadi orang yang mukminin fullstop..  kalau menjadi orang mukminin sahaja kita akan ttp diterbangkan angin.. sbab mmg angin tuh kuat giler.. kita kene menjadi orang mukminin yang BERAMAL dengan amalan-amalan yang soleh..  merekalah yang akan mendapat balasan yang baik.. merekalah yang akan dpt berdiri dgn lurus melawan angin2 yang syadid..

to be continued…

-Dr. G –

Quran : Intro surah Al-Kahf~

Surah Al Kahf ialah surah yg ke 18 dan ia terletak selepas surah Al Isra.. merupakan surah yang diturunkan sebelum hijrah.. so maknanye.. kat Mekah la yea.. kalau dalam surah2 yang sebelum ini.. basically dia menceritakan tentang perkara yang in the past.. bagaimana orang2 yahudi dan nasrani.. itu dan ini.. begitu begini.. tapi dalam surah Kahf ni pulak dia menceritakan ttg perkara yang berkaitan dgn the future.. mengikut hadis nabi la.. yg psl terjaga dari Dajjal.. (cari sendiri hadis tuh jgn mls2 .. hadis riwayat muslim).. cumenye nk tkankan dkat sini betapa cantiknya TIMELINE quran ini.. ceritakan ttg past (ape yg da berlaku sbgai pengajaran) , future (ape yg akan kita hadapi) dan juga menceritakan present (wat to do ).. bukan macam timeline facebook yang sgt slow and annoying pastuh ceritakan ttg present and the past je..
kalau kita tgk dlm seerah.. ade beberape perkara yg sgt special berlaku kt nabi kita.. dimana kalau sebelum ni.. relevation biasenye akan diturunkan kpd seseorang nabi..  tpi bgi nabi muhammad dia ditravelkan oleh allah.. allah yang nk pilih dia dan mentravelkan dia… then bile sampai masjidil aqsa.. allah honours him dgn dia yang dtg sendiri kpd allah utk menerima relevation instead of revelation yang turun kpd dia..
seolah-olah macam seorang ketua kelas.. yang dipanggil untuk mewakili kelas.. fuyoo dpt jmpe dengan tuhan.. n dpt ambil kertas wahyu utk kawan2 dia yang laen.. n so on… hebat tak dia? haha.. tak tau la analogi ni jadi ke tidak.. mungkin awak semua tak suka menjadi ketua kelas.. dan disuruh cikgu.. muahah..

Image

lihatlah permulaan surah al isra..

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.”

di dalam surah al kahfi, ia kembali seperti relevation2 yang laen..

“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya”

di dalam ayat nih jugak.. allah menyatakan yang menerima kitab , anugerah kecermelangan  , piala emas, mukjizat terbesar  ini adalah “abdihi’ hambanya.. maksudnye ape??
maksudnye yang paling tinggi status manusia dalam dunia ni.. pemenang pingat emas piala dunia tahap gaban yang diberi oleh allah.. adalah mereka yang menjadi hamba kepada allah.. bukan yang lahir dalam keluarga mewah2.. ataupun.. yang dpt beli ape jer yang mereka nak.. or mereka yang kahwin dgn akhwat cantik putri raja.. or even mereka yang dapat tajaan MARA atau JPA.. tapi mereka yang menjadi hamba kepada allah.. itulah status.. manusia yang paling tinggi sekali..

definisi hamba kalau dalam dunia  transformer masa kini.. hamba nih.. mcm plg bwh skali la dlm pyramid society… mcm kuli gitu la.. tpi cantiknya islam.. yang paling tinggi nilah yang hamba.. dan yang paling bawah sekali adalah mereka yang berdegil tak mahu menjadi hamba.. tpi hamba kepada siape?? hamba kepada alllah.. bukan hamba kepada manusia ataupun binatang.. err.. ade ke binatang??

Image

apabila kita kate surah al kahfi dapat menjaga kita drpd dajjal.. erm.. tpi bila awak saya dan kita membaca surah ni.. ada kita rasa ape2 yang laen ke?? ade ke kita rase mcm tiba terpakai baju besi yang dpt menahan drpd fitnah dajjal.. or tiba2 kita dpt detect ke.. ohhh ini fitnah ni.. or sumthing??
so ape kaitan surah ini.. dan 4 kisah yang terdapat dlm surah ni dengan dajjal?? ape kaitan empat kisah ni?? takkan allah bukak satu surah.. cerita A, cerita B, cerita C, dan cerita D then tutup surah.. tak mcm pelik ke?? dan knape dia dinamakan al kahfi.. padahal ade 3 lagi kisah yang laen… npe tak name surah zulqarnain ke?? surah dua kebun ke??

insyallah sama2 nantikan sequel kepada tadabbur surah al kahf ini.. jumaat minggu dpan kot.. klau free.. ngeee…

Dr.G

Quran : tentang Tadabbur

Tadabbur oh tadabbur.. kita selalu dengar perkataan ni (bgi yg slalu dgr la).. so ape bende tadabbur tuh?? tadabbur tuh tafsir ke?? ape beza tadabbur n tafsir?? tafsir ape?? tafsir sendiri eh?? ehhh… kita mane boleh tafsir sendiri.. ini bidaah ni.. sesat?? ke camne.. ^_^

kita boleh jumpa perkataan tadabbur ni bila kita bace quran… tadabbur bukanlah satu perkataan yang pelik dan perkataan yang baru je dicipta.. bukan juge perkataan yang bombastic yang berasal dari planet laen.. jikalaulah.. erm.. jikalaulah kita selalu membaca quran.. rupa-rupanye kita boleh jumpa perkataan tadabbur nih pada ayat ini.. dan beberapa ayat2 yang laen..

Maka apakah mereka tidak mentadabbur Al Quran ataukah hati mereka terkunci?” (47 : 24)

Dalam ayat nih allah tanya dekat kita.. seolah-olahnya allah perli gitu.. kalau tokok tambah sket dgn tone saya.. maybe camni kot.. “Eh.. kau ni.. aku da bagi quran dekat kau.. tak tadabbur quran ke?? abes tuh kau buat mende ngan quran tuh?? duk hias cantik2.. bwk ke hulu hilir ke sana ke mari.. ke sebenarnye hati kau dah terkunci.. huh??”.. begitu sekali  allah tekankan pada hambanye.. tadabbur!! tadabbur!! so kiranye tadabbur nih penting jugak la yea..

so tadabbur nih mende?? kalau bace dlm terjemahan tuh.. ade kate.. menghayati.. ade kate memperhatikan.. so ape??
tadabbur nih berasal dari perkataan “dabara”.. ataupun perkataan yang lebih mudah n familiar lgi.. dubur.. pasti pnah dengar en.. so dabara/dubur nih maksud dia ape??

dubur – punggung so..
dabara – belakang/disebalik

ape yang allah nak cuba sampaikan ni?? apekah engkau tidak melihat  “belakang” quran?? ade ape?? kulit buku quran ke?? bhagian index ke??
tidak sama sekali bila allah sebut belakang quran.. bukan bermaksud semua yang tadi.. belakang quran itu adalah disebalik ayat2 quran itu.. read between the lines.. ape intipati yang kita dapat drpd kisah2 atau pun feel2( (hati) drpd ayat tuh..

pnah dengar titanic tak?? yea kapal Titanic gergasi yang karam dlm north atlantic oceon tuh.. yea yg “you jump i will jump too” itu.. surely everyone does… kenape titanic boleh sink dalam north atlantic ocean?? sbab ape?? sbab dia langgar iceberg?? camne dia boleh langgar iceberg..?? terbaca dlm salah satu 10 intresting facts about titanic is that theres only 37 seconds between the time people on the lookouts to sound the alarm dan people yang dekat bhgian bridge untuk react dgn situasi tuh.. dimana mereka cuba utk port the ship to left..

Image

sangat singkat masanya.. adakah people on the lookouts tidak nampak iceberg itu.. sudah lambat barulah nak bagitahu.. but my theory is.. MAYBE  its not that the lookout does not see the iceberg.. maybe the iceberg seems on the eye it was  so SMALL.. and the reality is.. it was far BIGGER on side beneath the sea which the lookout couldnt see.. ape yang dilihat oleh orang lookout itu hanyalah ape yang nampak di mata mereka.. bukannya ape yang “dabara” atau disebalik lautan itu..
begitulah juga quran ape yang kita lihat hanyalah dakwat2 yang tertulis di kertas sedangkan disebalik ayat2 itu dan maknanya sangat besar even kita tadabbur berjuta2 kali pun boleh.. kalaulah kita tidak dibenarkan tadabbur atau fikir sendiri inti2nya.. kalau mcm tuh quran ade berape ayat?? 6636 ayat?? so kalau para mufassir tafsir satu hari satu ayat.. lepas 6636 hari dah abes da quran.. takde modal da.. tutup da quran.. sodaqallahul azim..  padahal sehinggalah ke hari ini.. setiap kali kita bace quran mesti kita dapat faedah yang baru dari al quran.. feel yang baru.. inilah yang dinamakan tadabbur.. ~ extracting our own feelings + ilmu2 yang kita + kaitkan dgn kehidupan kita + suasana pengalaman kita = tadabbur..~ jadi kita kenalah menyelam dalam lautan ayat2 quran itu betul2.. then we will get it insyallah…
Image
“kemahiran kita mentadabbur akan lebih hebat apabila bertambahnya ilmu (utk knowledge) dan bertambahnya amal (utk feel) ”
selamat mentadabur.. 🙂

Dr.G